Jumaat, 8 Mac 2013

Pas dan Firaun



Ayat 127 surah al A'raf. Bila sampai saja di sisi ayat ini, terasa betapa hebatnya iman para ahli sihir firaun yang beriman dengan Nabi Musa as secara total.

Iman mereka yang seketika itu terus diuji dengan ujian getir, ujian itu ujian pengorbanan jiwa raga untuk iman mereka. Firman Allah s.w.t :

قال فرعون ءامنتم قبل ءاذن لكم

(Berkata firaun "kamu beriman sebelum kamu minta izin dariku?"

Soalan ini terkeluar dari mulut firaun, menyaksikan betapa hina dan bongkaknya, dia perasan yang dialah yang menentukan nasib seseorang, sehingga mahu beriman kepada Allah pun perlu lesen dan permit darinya.

Inilah kesombongan manusia yang mencapai tahap yang tinggi. Firaun sepantasnya dibinasakan kerana kesombongannya telah terlalu melampau batas....

Bila mengenang akan iman ahli sihir ini, dengan sekadar melihat tali Nabi Musa berubah rupa menjadi ular besar, mereka terus serahkan diri bertaubat kepada Allah dan beriman dengan Nabi Musa as.

Ini disebabkan mereka kenal mana satu sihir dan mana satu mukjizat...apa yang dibawa oleh Nabi Musa bukan sihir, kerana sihir tidak mampu mengubah tongkat menjadi ular sebenarnya, sihir hanya sekadar mengabui mata orang semata-mata.

Dengan pengetahuan ini, menyebabkan mereka sedar bahawa Nabi Musa adalah orang yang benar-benar datang dari Allah, kerana kalau tukang sihir sudah tentu tidak dapat melakukan sebagaimana yang dilakukan Nabi Musa as.

Apabila melihat orang-orang kuat dan kepercayaannya sudah tidak taat kepadanya, maka Firaun pun mengancam dengan ancaman yang amat kejam, kata Firaun :

لأقطعن أيديكم وأرجلكم من خلافٍ ثم لأصلبنكم أجمعين

(Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan berselang, kemudian aku akan memalang kamu semua - al A'raf 124)

Bukan sekadar ini kekejamannya, malah dia lebih kejam lagi dengan mengancam akan membunuh bayi-bayi lelaki sebagai salah satu tindakan membinasakan baka yang beriman dengan nabi Musa as. Firman Allah s.w.t :

وقال الملأُ من قوم فرعونَ أتذرُ موسى وقومَهُ ليُفسدوا في الأرضِ ويذركَ وءالهتَكَ قال سنُقتل أبناءهم ونستحي نسآءهم وإنا فوقهم قاهرون - الأعراف 127


(Dan berkata lah pula ketua-ketua dari pengikutnya yang setia "Adakah engkau (Wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firaun menjawab "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka.

Sejarah zaman Firaun berulang kembali di negara kita. Pas sebuah parti Islam yang diperjuangan oleh Ustaz Fuad, Fazil Noor telah disanggah  oleh Firaun moden.

Orang Islam khususnya Pas tidak boleh melaksanakan sebarang tugas mereka tanpa kebenaran dan keizinan Dap dan Pkr.

Konsep negara Islam yang dicita-citakan oleh Pas pun terpaksa digugurkan. Hudud yang menjadi agenda besar Pas turut dibakul sampahkan oleh Pkr dan Dap dalam buku jingga.

Pas tidak berani berbuat apa-apa kerana abang besar mereka akan berdehem sekiranya Pas mengemukakan beberapa cadangan untuk menegakkan syiar Islam.

Pas kini hanya mementingkan harta rampasan perang dan melunaskan nafsu serakah mereka sahaja. Untuk mengangkat Syiar Islam sudah tiada, sudah lupus kerana Firaun..