Ahad, 31 Mac 2013

Calon Pas Pasir Panjang

Roha Wati Abidin

Kedai Komputer bukti kerajaan BN yang adil 

Kenalkah anda semua bakal calon PAS Pasir Panjang ? Gambar di atas adalah gambar beliau. Rohawati Abidin. Mempunyai sebuah kedai komputer iaitu Pusat Komputer Fast di Samudra, Seri Manjung.

Sedikit latar belakang Rohawati. Berumur 43 tahun. Syarikat beliau adalah salah satu syarikat yang menjadi pusat servis komputer 1 Malaysia yang dianugerah kan oleh SKM dibawah kementerian Penerangan Malaysia. Beliau telah mengaut keuntungan yang diberikan oleh kerajaan. Namun, beliau tetap menyatakan kerajaan KRONI. 

TERBUKTI bahawa tiada kroni di pemberian projek/ tender atau apa sahaja dari Kerajaan BN sedia ada. Sekiranya BN benar-benar kroni, lebih baik kerajaan bagi kepada syarikat kepunyaan melayu dan orang UMNO di Manjung ini. Orang UMNO pun ada kedai komputer di Manjung ini.

Kerajaan memberikan kontrak kepada semua, tidak kira fahaman politik.

Dalam program munajat muslimah Pas Perak di Kg Expo beliau terlepas cakap, kehadiran dan pencalonannya di Pasir Panjang adalah untuk membaiki kelemahan wakil rakyat terdahulu.. Siapa wakil rakyat Pasir Panjang? Jawapan nya ialah Nizar Jamaluddin.


http://mynameblackpanther.blogspot.com/2013/03/calon-pasir-panjang-zambryabdkadir.html