Bila hampir PRU, Pendirian Pas berubah lagi, Jika dahulu merekalah yang paling galak menyertai Bersih 1.0, Bershit 2.0 dan Bershit 3.0.
Habis harta benda awam rosak dan punah gara-gara demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh Mat Sabu dan Ambiga.
Harun Taib kini pusing 360 darjah dan menolak cara rebellian dan keganasan untuk menumbangkan kerajaan. Kenapa sekarang baru nak cakap, kenapa tidak 5 tahun lalu.
"Pas mahu menumbangkan kerajaan BN dengan cara demokrasi dan menolak menumbangkan kerajaan dengan cara tidak sepatutnya bagi memastikan usaha menawan kerajaan dilakukan dengan cara terhormat - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun TaibKenyataan Harun Taib boleh lah di umpamakan seorang Islam ingin mengguna pakai hukum Fiqh dan mengamalkan ajaran 4 imam serentak.
Jika dia terkentut dia menukar pegangan dari mazhab Shafiee kepada Hanafi. Tengah sembahyang tersentuh kulit wanita lain, lalu menukar pegangan kepada mazhab Hanbali.
Maknanya jika kita pegang kepada kenyataan Harun Taib, bermakna apa yang dibuat oleh Pas sebelum ini seperti menyertai bantahan jalanan di Kuala Lumpur, Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka adalah satu pekerjaan yang sia-sia.
Jika dahulu pemimpin Pas berkata " kita wajib turun ke demo jalanan untuk menumbangkan kerajaan BN seperti Arab Spring adalah satu kerja jihad.
Jika kita mati maka mati kita adalah syahid telah terbatal begitu sahaja.
So, Apa lah nasib arwah-arwah yang mati sesak nafas dalam demo Bershit 2.0 dan 3.0 yang lalu, mati syahid? Jawabnya ialah mati katak.
Ish!!!! Kenapa bengang la sangat otak serabut pemimpin Pas? sudah 12 tahun Pas ditipu oleh Anwar AlJubury...baru nak sedar akan kesilapan....
Hari ini Pas akan melawan Pkr dan PRU 13. Parlimen Bagai Serai, Dun Changkat Jering Pas akan menentang calon Pkr......take beer!!!!!