Rabu, 20 Mac 2013

Dr Manuty dan PKR semakin tak laku di Perak

Dr Manuty

Bekas Prof Madya Dr Muhamad Nur Manuty pensyarah Universiti Islam Antara bangsa Gombak sudah tak laku dalam gelanggang politik tanah air.

Beliau menjadi pak turut Anwar dari dalam Abim dan turut berkempen untuk mengangkat Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri sejak awal 1993 sebelum Anwar berjaya menewaskan Allahyarham Tun Ghafar.

Beliau pernah bertanding di Batu Kurau sewaktu Parti Keadilan bertanding buat pertama kali. Manuty merupakan pengikut Anwar yang paling setia. Kesetiannya terhadap Anwar berkemungkinan kerana beliau hilang sumber pendapatan setelah dipecat daripada UIA dan hanya bergantung hidup kepada sumbangan atau pemberian wang oleh Anwar untuk menyara kehidupan beliau.

Kini 2013 beliau kembali ke gelanggang politik dan akan bertanding di parlimen Bagan Serai tetapi awal-awal lagi telah di tolak oleh puak Syiah Pas.

Hari ini beliau sekali lagi melatah apabila PAS meletakkan Nizar Jamaludin di Changkat Jering.

Malang sungguh nasib yang menimpa beliau dan Pkr. 

Manuty sama seperti Datuk Fauzi, anak jati Batu Kurau, Dato Fauzi pure pattani pekat tetapi Manuty adalah keturunan Mandailing sebelah ibunya dan India Muslim sebelah bapanya yang berhijrah untuk berniaga kain dan pakaian di pekan Jelai. Manuty merupakan kebanggaan penduduk Jelai sebelum menyertai PKR.

Nasihat kami orang Batu Kurau ialah Dr Manuty hendak lah sedar dari kesilapan, tinggalkan Anwar dan kembali lah ke Jelai untuk bercucuk tanam, kerana masih banyak tanah yang di tinggalkan oleh arwah ayahnya.