Rabu, 20 Mac 2013

AJK Pas Surau Istiqlal Taman Mewah semakin bongkak

Apa motif AJK Pas Surau Istiqlal?
Membawa politik ke dalam rumah Allah
Blogger yang merakam gambar dan menulis cerita

Isu anak kariah bantahan menghalang Pemimpin PKR daripada memberi tazkirah di Surau Diri Jumaat Surau Istiqlal masih panas dan belum reda.

Ini berikutan tindakan sekumpulan AJK Pas Taman Mewah dan AJK Surau yang sengaja mencetuskan isu baru dengan peserta demo membantah kehadiran Anwar pada 15 Mac lalu.

Hari ini jemaah surau yang terlibat dalam demo tersebut telah terkejut dengan tindakan ahli Pas yang sengaja menampal dua artikal petikan blogger ( Gambar) di atas.

Ekoran daripada itu, mereka yang nama dan gambar dipamerkan di papan kenyataan tersebut memberi tempoh 14 hari kepada AJK Surau agar menurunkan gambar dan memohon maaf, jika tidak tindakan saman akan dikeluarkan.

Sesungguhnya demo yang dibuat tempoh hari bukan lah di dalam kawasan surau, sebaliknya diluar pagar surau tersebut. Oleh itu AJK Surau tidak ada hak untuk menghalang demo dan bantahan.

Pas hanya pandai bercakap tentang hak-hak berhimpun dan hak bersuara tetapi ianya hanya boleh bagi mereka ( PAS)  tetapi tidak kepada orang lain. demokrasi kepala bapa apa kalau macam tu.

Paling melucukan ialah pada demo sebelah petang yang dilakukan di hadapan pondok panas PDM BN di Taman Mewah. Hasil demo tersebut, Anwar telah membatalkan lawatan dan tazkirah di surau tersebut.

Lebih memalukan lagi ialah puak-puak Pas yang sepatutnya bersolat maghrib di surau itu telah lari ke UPU Pas Kpg Kurnia Jaya.

Demi politik AJK Pas surau dan anak buah telah mengosongkan surau demi mengejar seorang peliwat di Pusat Tarbiah Pas Kurnia Jaya.

Kisah surau diri Jumaat di Taman Mewah sama juga seperti kisah Masjid Kampung Expo. Surau Taman Mewah diasaskan oleh orang-orang Umno tetapi kerana hasutan dan kurang maklumat mengenai enakmen masjid, AJK lama merelakan permintaan mereka yang mendesak diadakan mesyuarat agung. Bila tiba masa mesyuarat mereka angkut orang depa ramai-ramai turun untuk merampas jawatan kuasa surau.

Kini walaupun surau semakin besar tetapi jemaah untuk solat fardu amat berkurang. Ini kerana jemaah meluat dengan agenda AJK Pas yang kerap menggunakan mimbar masjid untuk tujuan politik.

Salah seorang Imam iaitu Ustaz Zainal Abidin Saad bekas pegawai Kagat sama seperti Ustaz Othman Noh di Kampung Expo sering menyalah gunakan kedudukannya sebagai imam. Beliau juga seperti Otman Noh yang suka merombak dan menokok tambah teks khutbah Jumaaat.  Beliau tidak pernah membawa teks seperti mana yang dibekalkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid Ipoh.

Ustaz Zainal Abidin Saad pesara Kagat sebenarnya bukan lah penduduk tetap Taman Mewah, beliau tidak memiliki rumah pun, kehadirannya di sana mungkin dirancang oleh Pas Perak untuk menguasai surau tersebut. Beliau hanya menyewa sebuah rumah beralamat No 21 Lorong Mewah 12, Taman Mewah.34600 Kamunting

Rumahnya ada di Manjung Perak. Elok lah Ustaz Zainal Abidin Saad balik ke Manjung , buat apa mencari onar dan musuh dengan orang di Kamunting... sakit nanti kalau dok bermain api. akan tetapi kerana suaranya sudah tak laku di Manjung terpaksalah beliau terus menetap di Taman Mewah.

Ustaz Zainal juga sapu bersih jawatan di surau tersebut seperti pernah menjawat jawatan Pengerusi AJK Surau, Imam Diri Jumaat, Penceramah yang bertauliah dari Jabatan Agama Islam Perak dan Pengerusi Kagat....