Jumaat, 1 Mac 2013

Nizar dan Tai Sing Ng Makan Gaji Buta

YB Tai Sing Ng .,menunjukkan jalan rosak teruk.Seekor menteri tak mampu menyelesaikan masalah rakyat!!!!! 

Menteri Kemajuan Luar Bandar tidak berdaya membaiki jalan rosak Kampung Jelapang

Taiping – Setelah ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ng merujukkan kes ketidakpedulian Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama terhadap kerosakan jalan tidak terturap di Kampung Jelapang, Simpang, kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar, Dato’ Seri Haji Mohd Shafie, pada awal bulan November, masih tiada tindakan daripada mana-mana pihak yang berkuasa.

Sejak 8 bulan dahulu penghuni Kampung Jelapang membuat aduan pertama kepada Tai, sudah banyak berita disiarkan dan surat dihantar kepada pihak berkuasa. Sinar Harian sudah membuat laporan pada 16hb Mac, 17hb Julai dan 8hb November 2012.

Menurut surat balasan Emy Sazri Bin Mohd Isa, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah, bertarikh 19hb November, Emy memberitahu Tai bahawa pejabatnya amat prihatin mengenai aduan ini dan telah mengambil tindakan lebih awal pada penghujung tahun 2011 dengan memohon sejumlah peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Surat balasan Emy menyatakan pejabat daerah sudah membuat beberapa susulan dengan pihak kementerian pada awal tahun 2012.

Emy menegaskan bahawa semakan pejabatnya mendapati peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan jalan rosak serta membina jalan baru di Kampung Jelapang telah diluluskan di bawah Program Jalan Perhubungan Desa pada bulan Jun 2012 kepada Jabatan Kerja Raya dan ianya dalam proses pelaksanaan.

Tai tidak faham sebab apa sampai hari ini proses pelaksanaan Pejabat Daerah dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar masih tidak dapat dikotakan untuk sebuah jalan pendek 300 meter yang hanya perlu diturap sahaja.

“Sinar Harian pada 8hb November melaporkan bahawa Penyelaras DUN Kuala Sepetang See Tean Seng berjanji, sekiranya tiada sebarang maklum balas daripada pihak bertanggungjawab, sehingga tarikh terakhir 15hb November, See sendiri akan memanjangkan kes ini kepada pengetahuan Menteri Besar,” kata Tai.

Nampaknya, pengetahuan Penyelaras Dun dan Menteri Besar Perak pun tidak berdaya menurap sebuah jalan rosak sepanjang 300 meter di Kampung Jelapang. Tai pun sedang fikir haruskah kes ini dirujuk kepada Perdana Menteri?

Isu jalan Kampung Jelapang Simpang pun Pas dan Pkr nak bising. Kampung Jelapang adalah kubu kuat Pas sejak mereka menceroboh tanah tersebut. Tanah tersebut milik kerajaan dan dikategorikan sebagai kawasan wetland.

Kawasan wetland ini adalah kawasan perangkap air,  Kalau diikutkan hukum alam kawasan wetland atau paya ini tak boleh diganggu gugat.

Tetapi kebijaksaan manusia tanah paya pun tak jadi masalah untuk diterokai, malah pihak kerajaan pun mambantu mereka membina asas jalan yang menelan belanja puluhan ribu ringgit. Tanah pun telah diberikan geran hak milik tanpa mengira fahaman parti politik.

Kampung ini mempunyai ramai hardcore Pas salah seorangnya ialah cikgu pencen yang bernama Haj Rahmat  kepala angin.

Kalau kita masuk ke kampung tersebut melalui Taman Mawar ke Lorong 2 Kampung Jelapang kita akan membuat lencongan 90 darjah. Ini berlaku kerana salah seorang penduduk enggan membenarkan pihak PBT membuat jalan mengikut pelan dan pihak PBT terpaksa membuat lencongan, inilah perangai hard core Pas, dah lah dapat tanah dengan mudah, keras kepala pula

Tai tak sepatutnya meminta bantuan daripada kerajaan BN yang telah dilabelkan sebagai zalim, sepatutnya Tai memohon sumbangan dari 4 kerajaan negeri yang kaya raya, yang mempunyai FDI berlipat kali ganda daripada negeri-negeri yang ditadbir oleh BN.

Apa lah salahnya jika Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim menyumbang RM 5 juta untuk membaik pulih jalan tersebut.

Masa nak bertanding dulu macam-macam janji nak bantu rakyat tetapi bila menang, masih mengharapkan kerajaan BN pula yang menyelesaikan masalah. AKAI ADA KA.

Wahai penduduk Kpg Jelapang termasuk lah Hj Rahmat jangan lah taksub kepada perjuangan palsu Pas, Pkr dan Dap. Mereka tu semua golongan munafik, hanya pandai berjanji tetapi satu habuk pun tak mampu dilaksanakan..

Kalau Jalan di Selangor semakin buruk dan rosak , mana mungkin mereka mampu untuk membaiki jalan di di negeri-negeri lain. Lihat saja Kelantan, 22 tahun diperintah Nik Aziz jalan semakin menguncup, rosak dan daif. Nasib baik lah jalan-jalan federal masih dijaga baik oleh kerajaan BN.

PAS PENIPU
PKR PEMBOHONG
DAP LAGI LAH TIPU KUAT.