Langkau ke kandungan utama

Pengganas Sulu Amal Ilmu Hitam

Poh Kiri Poh Kanan Berkat Doa Bagidol Anwar


Seorang pengganas Sulu yang dibunuh oleh penduduk setempat di Semporna baru-baru ini tidak hanya mendedahkan wujudnya penyertaan militan dari Selatan Filipina dalam kes pencerobohan Sabah malah tangkal yang dipakai lelaki yang mati itu menunjukkan amalan ilmu hitam dijadikan sandaran untuk menambah keyakinan di medan tempur.

Dalam kejadian di Kampung Sri Jaya, Simunul itu selepas serangan hendap oleh pengganas Sulu yang mengorbankan 6 nyawa anggota keselamatan negara, penduduk setempat yang kebanyakannya keturunan Sulu telah mengambil tindakan drastik membelasah dan membunuh seorang pengikut MNLF bersenjata kan M16 yang mengaku telah membunuh 6 polis tersebut.

MNLF yang diketuai Nur Misuari merupakan penyokong kuat Jamalul Kiram III yang didakwa sebagai Sultan Sulu yang sah serta merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, sebelum ini pernah menafikan penglibatannya dalam kemelut di Sabah. Penafian itu bagaimana pun ternyata bohong kerana kejadian di Semporna mendedahkan sebaliknya.

Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.

Sebahagian orang Sulu terutama dari Selatan Filipina memang sudah menjadi tradisi mereka untuk memakai tangkal kebal sama ada yang dipakaikan di leher, lengan, tangan atau pun di pinggang, malah ramai yang mengamalkan amalan ilmu hitam kononnya sebagai pendinding semasa berada berperang.

Demikian halnya dengan pengikut Jamalul Kiram III dan pengikut MNLF turut tak terkecuali dari amalan khurafat dan syirik itu. Biasanya sehari sebelum pertempuran, mereka akan mandi beramai-ramai sambil membaca ayat Al-Quran yang di campur aduk dengan jampi serapah untuk menyeru pendamping.

Mungkin kerana pengaruh ilmu hitam sebegitu ditambah lagi dengan rasukan syaitan menyebabkan peri kemanusiaan mereka hilang sama sekali sehingga tergamak memenggal kepala lawannya tanpa sedikit pun belas ehsan semasa pertempuran pengganas Sulu itu dengan anggota polis.

Manakala mayat-mayat anggota keselamatan yang lain pula sengaja diletakkan bom (booby trap), modus operandinya memang sama seperti yang sering dilakukan oleh pengganas komunis sewaktu zaman darurat dulu.

Jelas sekali apa yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini sama sekali bercanggah dengan tuntutan Islam yang menghendaki umatnya tidak berlaku kejam terhadap musuh apatah lagi menjadikan mayat musuh sebagai perangkap bom. Kejam dan ganas.

Selain itu, kaitan sejarah lama keturunan Kiram itu sendiri yang sudah terbiasa melakukan pembunuhan ganas secara besar-besaran ke atas rakyatnya sendiri sekitar tahun 1906 dan 1911 di Bud Dahu dan 1913 di Bud Bagsak, Jolo, Sulu sewaktu pemerintahan Sultan Kiram II dulu, juga boleh diambil kira sebagai punca pengikut Jamalul Kiram III menjadi ganas dan kejam.

Walau apa pun alasannya, yang pastinya kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan kini sedang digempur oleh pasukan keselamatan negara, perlu menerima akibatnya di atas kekejaman dan keganasan yang telah mereka lakukan.

Kita telah memberi peluang untuk mereka berundur secara baik sesuai dengan tuntutan Islam yang mendahulukan perundingan demi mencegah pertumpahan darah apatah lagi sesama Islam, kini dasar berlembut yang kita tonjolkan telah dibalas dengan kekerasan, maka wajib lah atas kita untuk bangkit menegakkan hak dan kebenaran. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








Ulasan

  1. hai! senangnya dlm hati bila pemegang ic segera tlh mati dibunuh olih rakan sendri maka undi umnu makin sedikit silap2 abes sokongan dr anak2 penyu, strategi mamk madey kutty kelein pariyah abes hancur berderai dek kegopohan 2 sepupu mengenakan madey the kelein kutty..abes bukti tlh hancutr dibom dek .............org yg paling gumbira ialah musuh dlm selimut sipairing kitigun

    BalasPadam
  2. kau ni tak kurangnya dengan pengamal ilmu hitam tu. kau cuba tekankan yg anuar rapat dgn nur misuari tapi kau pulak tak tekankan pengamal sebenar ilmu hitam tu angota UMNO dan tetamu kehormat perhimpunan UMNO ke12 walaupun gambar2 mesra mereka dgn pemimpin2 UMNO dan najib tersebar berleluasa dan mereka semua pemegang ic. kau ni lebih teruk dari iblis dan jin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Halo baghal, yg kau ingat wakil sultan sulu tu ialah Murad Ebrahim, pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF). Kerajaan Malaysia sedang usahakan perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina. Dia juga dijemput ke sidang UMNO bersama wakil FATAH, Hamas dan sbgnya. Oleh kerana kau buta sejarah dan politik rantau ni, terpaksa aku lecture sikit.

      Selepas tertubuhnya Msia, Marcos mahu ambil Sabah secara militari. dia latih pemuda Tausug (atau Sulu) yg beragama Islam untuk jadi askar elit utk tawan Sabah. tapi allah maha besar, diorang ni memberontak, mungkin kerana takmau bunuh sesama Islam atau gaji yg dijanjikan tak sampai. mereka ni lari. tapinutk tutup malunya, Marcos arah askar filipina bunuh budak2 ni. Ia dinamakan peristiwa pembunuhan Jabidah. Bermula dari sinilah pemberontakan org Mindanao dan Islam utk keluar dari republik. Antara faction yg berperang lawan Marcos ialah MILF dan Moro National Liberation Front (MNLF). MNLF inilah dipengerusikan Nur Misuari sekarang ini.

      Ketika berperang dgn Republik, ramai pejuang lari ke Sabah utk perlindunan ketika keadaan runcing. atas semangat sesama islam, malaysia benarkan mereka ini berlindung disini. Ada juga rakyat kita memberi wang dan senjata utk support mereka kerana sesama Islam.

      Ada juga beberapa proses perdamaian sebelum ini. Tapi ketika dalam tempoh perjanjian, Nur Misuari memulakan satu lagi pemberontakan lebih kurang 10 tahun lepas. Seperti biasa, dia lari ke Sabah. Tapi, dia tak ambil kira, setelah filipina menjadi demokrasi, hubungan msia-filipina makin baik. Jadi apabila diminta utk ekstradisi Nur Misuari, kerajaan kita bekerjasama dan menghantarnya pulang. Sbb inilah dia perasaan dengkinya berkobar2 dgn kita.

      Baru2 ini, msia yg dah bosan dgn sengketa selata filipina lalu menjadi broker proses damai terkini. Ia disertai MILF tapi MNLF Nur Misuari tidak dijemput. Lagilah dia angin. Sebab itulah ada gambar Murad Ebrahim di Msia. sebab MILF mmg friendly party dlm proses damai ni. Bnda ni mmg menguntungkan kita kerana kalau selatan filipina damai, kita pun tak perlu risau pasal tuntutan ke atas sabah sejak dari zaman marcos lagi.

      Disinilah kerjasama Anwar - Nur Misuari bermula. apakah cara utk gagalkan proses damai ini. Jawapannya ialah Kiram!

      Kesultanan sulu mmg telah jatuh sejak zaman sepanyol lagi. Sultan sulu telah dieri separuh sabah kerana tolong sultan brunei (pemilik sabah masa itu) utk jathkan pemberontakan dalaman. Kemudian British North Borneo Company beli Sabah dari mereka. Lpas dari tu tuan puan boleh baca buku sejarah sek menengah mcm mana sabah masuk persekutuan msia.

      Ada ramai org mengaku sultan sulu. Brpulu puluh. Tapi faktanya, sultan terakhir mati tanpa zuriat lelaki, jadi yg claim ni mungkin sepupu2 jauh la kot. Diorang papa kedana. Misuari nampak peluang ini utk hasut Kiram dptkan Sabah. Krn jika kekacauan berlaku, poses damai akan terganggu. Lgipun dendamnya dpt dipuaskan.

      MNLF bekalkan pejuang dan senjata utk Kiram. Ada bukti bergambar komander MNLF bersama kumpulan Kiram. Dia tak harap menang pun. Dia mahu letak kita dlm keadaan no win. Kalau kita biar diorang di lahat datu kita macam iktiraf claim diorang. Kalau kita serang, kita akan dikecam.

      So sebelum percaya benda dari blog, buatlah research dulu. Bila ikut suka hati komen mcm kau, kan dah nampak bodoh. Kalau taknak baca utusan pun, baca la wsj ke newsweek ke

      Padam
    2. Terbaik!! Aku raser kepala dier terpeleot baca ni n x reti nk jwb..nampak bodoh tui statement..blajar sejarah baliklah wei..jgn dgr sampah kuar mulut nuar tu sure ko sesat x jumpa jln

      Padam
  3. Aku rasa cybertrooper DAP tu suka sangat panggil mamak, camping nunngu artikel blog pro kerajaan...main lempar je tuduhan karut Pakatan tu, dia bukan tau apa pun, posting dapat duit DAP

    BalasPadam
  4. kau explain mcm mana sekalipun kalau yang baca tu syaitan, tetap dia syaitan...macam boss dia Anwar Ibrahim, bapa Syaitan...

    BalasPadam
  5. Terbaek..hehe..kan da kena lecturer

    BalasPadam
  6. kalau memory di kepala kena virus handphone bagi faham pun dia tak reti ...........

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAU 1987: Najib Penyelamat Nyawa Politik Dr Mahathir. Tapi kenapa dia bencikan Najib?

#SuaraMerdeka - Kebebasan . Persamaan . Keadilan

*PADA* malam 23 April 1987, kira-kira 30 tahun yang lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini di antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah pun hilang dari pandangan setelah 'direbahkan' (flattened) untuk dibuat bangunan baru, yang kini dikatakan terbengkalai.
Cukup genting pada masa itu prebutan kuasa antara dua tokoh - Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Hotel Hilton menjadi markas jentera kempen Dr Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.
Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.
Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terdesak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan c…

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…