Sabtu, 13 April 2013

Harun Din akan keluar parti, kenapa Hadi Awang sibuk menafikannya?


Post Pic



MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan khabar angin kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din telah keluar parti.

Beliau sebaliknya menegaskan veteran parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Hadi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Rusila, Marang di sini, berhubung khabar angin itu.

Haron sebelum ini dilaporkan berhasrat meninggalkan PAS kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan isu kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura PAS.

Sebelum ni, sebuah blog Pakatan Rakyat telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7 Februari yang lalu.

Dimaklumkan bahawa di dalam pertemuan tersebut, Haron telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Kenapa Hadi Awang yang menafikan, sepatutnya tuan punya badan yang menafikan, kelmarin Harun Din telah diwar-warkan akan keluar parti tetapi dipujuk oleh Hadi Awang supaya bertahan kerana keadaan Pas semakin terancam.

Justeru, Pas Kelantan telah mengerahkan pengikutnya mengadakan solat hajat dan munajat di Padang Perdana Kota Bharu malam tadi.