Ahad, 7 April 2013
Najib berjaya kembalikan semangat juang yang hilang di PWTC.
Sebelum ini TM pernah menulis satu artikel pendek yang menceritakan bahawa semangat PRU 13 telah hilang sebaik sahaja perwakilan persidangan agung Umno menutup tirai awal disember lalu. Semangat pilihanraya dan gendang pilihanraya hilang begitu sahaja selepas peserta dan pemerhati melangkah keluar dari pintu PWTC.
Semangat juang dan semangat peperangan dalam PRU 13 semakin hilang sehingga ke saat ini. Ini disebabkan oleh kerana parlimen belum dibubarkan, andaikan sehari atau dua hari selepas PAU, sudah tentu semangat peperangan mempunyai moral yang sangat tinggi.
Program malam tadi yang dibuat di stadium tertutup Bukit Jalil sudah cukup untuk mengembalikan semangat juang ahli Umno dan 13 komponen Barisan Nasional.
Di peringkat bahagian lain pula ceritanya.
Masih wujud satu persepsi negatif dikalangan pemimpin bawahan, mereka seolah-olah menganggap pilihanraya 13 ini seperti musim pemilihan Umno.
Majlis Tertinggi Umno pun telah menangguhkan persidangan tahunan Umno awal tahun ini kerana memberi laluan dan persediaan khusus untuk PRU 13 tetapi masih wujud pemikiran jumud dikalangan akar umbi yang masih tak faham-faham transformasi yang dibawa oleh Najib.
Ketua Penerangan Umno, Dato Ahmad Maslan telah pun mengarahkan supaya PDM dibuka dengan segera pada 1 Februari 2013 tanpa gagal. Kalau tak ada premis, buat bangsal pisang sikat pun sudah memadai.
Walaupun banyak PDM dan bilik gerakan telah dibuka tetapi fungsi sebenarnya masih belum berjaya. Pemikiran mereka masih ditahap lama. Paling mengecewakan ada ketua-ketua cawangan yang mengugut untuk menutup bilik gerakan dan PDM sekiranya calon yang dipilih bukan pilihan ketua PDM.
Ada juga AJK bahagian yang diamanahkan untuk menjaga PDM masih kedekut untuk menyalurkan wang perbelanjaan untuk PDM bekerja seperti perbelanjaan untuk anak-anak muda memasang bendera, banner dan bahan-bahan kempen yang lain.
Masih wujud ketua-ketua cawangan yang menjadi pengerusi PDM yang menjadi 'one man show' buat kerja sorang-sorang kerana nak makan sorang. Ada juga yang jadikan rumah Ketua Cawangan sebagai PDM dan melantik isteri sebagai bendahari dan anak-anak menantu sahaja sebagai kutua-ketua unit. Ini berlaku kerana dia nak bolot semua peruntukan pilihanraya.
Hingga ke saat ini setelah parlimen di bubar , masih terdapat cawangan Umno atau peti undi yang masih belum membuka PDM. Alasannya ialah nak tunggu siapa calon.
PDM yang bertaraf one man show atau Sdn Bhd pun masih sunyi sepi samada siang atau malam. Apa nak jadi kalau ketua cawangan Umno mempunyai pemikiran sedemikian.
Baru-baru anak buah di Hulu Langat Selangor bercerita, masalah di bahagian dia masih seperti PRU 12, anak-anak muda tidak dipedulikan sebab ketua nak makan sorang, nak cokot peruntukan. Kata anak buah, "mereka yang buat kerja pasang bendera, panjat tiang, panjat pokok tetapi bila ajak makan, mereka dihidangkan nasi campur yang siap dihidangkan atas meja tetapi AJK makan ikan siakap duduk di meja bulat, mereka tak serik-serik lagi pengajaran PRU 12.
"Dulu Markiman Kobiran kalah bukan kerana Pas kuat tetapi orang muda Umno yang memberi pengajaran kepada beliau yang gagal menjaga anak buah dengan baik. Kali ini pun masih wujud puak-puak mengikut ketua masing-masing seolah-olah pertandingan pemilihan Umno, bukan PRU," kata anak buah TM yang hadir ke rumah masa majlis kerja kahwin minggu lalu.
TM dan the krew banyak meronda malam-malam ke beberapa kawasan parlimen dan mendengar keluhan-keluhan peringkat akar umbi.
Jika diikutkan jumlah PDM dan bilik gerakan BN lebih banyak dari UPU Pas. Pkr dan Dap langsung tak ada.
Dap tak perlu wujud bilik gerakan kerana network mereka hebat, mereka menggunakan kelab-kelab suku kaum atau lain-lain kelab dan pertubuhan untuk mereka bekerja. Mereka bekerja secara smart. Malah orang Dap juga tidak perlu mengerahkan tenaga anak-anak cina untuk menggantung sepanduk dan bendera Dap. Kerja itu telah dianugerah kan kepada pecacai Dap, tak lain dan tidak bukan orang Pas.
Beberapa minggu lepas, TM menceritakan bahawa Pas Taiping di Kampung Jambu ghairah memasang bendera Pas dan Dap di kawasan Kpg Jambu. (kesian warga emas Pas yang terpaksa menjadi balaci Dap).
Wakil-wakil rakyat pula dilihat ada yang bersemangat bekerja tanpa memikirkan nama mereka akan dicalonkan atau tidak. Ada pula wakil rakyat yang sudah macam ayam berak kapur kerana dia sudah menghidu dan terasa kata-kata keramat Tun Daim. Ada juga yang sudah mengumumkan untuk tidak bertanding atau yang tidak berharap, seperti kata Khairy Jamaludin, walau kenyataan beliau nampak jelas bahawa beliau tidak berharap untuk dicalonkan, tetapi menteri besar beliau menegaskan KJ akan mempertahankan Rembau.
Apa pun TM berharap kepada semua ahli BN dan pemimpin Umno khususnya agar tidak menjadikan PRU 13 sebagai musim pemilihan Umno. Kena faham tu.... kira sedang berperang.. tak ada masa nak boikot calon jika dia bukan calon pilihan kita.