Jumaat, 26 April 2013

Pak Lang Hasbollah berjaya melembutkan hati Nazri Din



Nazri Din Calon Pas Kubu Gajah kawasan parlimen Larut berjaya di lembutkan hatinya oleh calon BN iaitu Saudara Hasbollah atau dikenali sebagai Pak Lang bagi kalangan penduduk Larut.

Hasbollah dan 2 lagi adik beradik sangat terkenal di Batu Kurau dan Larut adalah dari keluarga Hj Ellias. Ayah mereka adalah penjual daging, dan telah meninggal dunia akibat daripada terjatuh lori semasa membawa haiwan tersebut,  ia berlaku pada tahun 70an.

Pak Lang dan adik beradik lain dididik oleh ibunya dalam serba kesusahan dan serba kekurangan. Adik beradik Pak Lang yang paling popular ialah Ustaz Kazim dan juga Kapten (B) Dato Najimuddin yang sering muncul di kaca tv tahun 90an semasa menjadi pegawai Kagat

Najmudin kemudiannya dilantik menjadi pegawai agama dan penasihat agama kepada menteri besar Perak era Tajol Rosli, malah beliau diberi kepercayaan untuk menjadi calon BN Dun Batu Kurau menggantikan Raja Dato Seri Hj Ahmad yang berpindah ke kerusi Parlimen ketika itu.

Pak Lang kini menggantikan Dato Raja sebagai calon dun Kubu Gajah. Raja Ahmad yang menjadi wakil rakyat bagi Dun Batu Kurau, Dun Kubu Gajah dan Parlimen Larut  telah berkhidmat sejak PRU ke 8 pada tahun 1990.


Tahun lepas atau tahun sebelumnya Nazri Din pernah mengajak pemuda Umno Larut berdebat tetapi program tersebut gagal kerana pemuda Pas sendiri gagal memenuhi syarat-syarat seperti dalam permohonan permit mereka.


Kini tanggung jawab diamanahkan kepada Pak Lang. Pak Lang merupakan ustaz dan pegawai Jasa yang tidak ada isu untuk dimainkan oleh pembangkang. Pun begitu Nazri Din mempunyai isu besar jika didedahkan.


Persoalan nya ialah perlukah didedahkan isu-isu hot yang membabitkan calon Pas ?