Ia juga boleh dikaitkan dengan serangan-serangan bandit di dalam hutan, yang banyak membunuh, mencacatkan anggota tentera.
Kini fenomena tersebut nampaknya berulang lagi. Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang menjalankan tugas mencegah penyeludupan, jenayah dan pelbagai lagi kegiatan haram kini terancam. Kita sering didedahkan melalui media massa tentang betapa kurang ajarnya mereka yang terlibat dengan kegiatan haram ini. Ada yang memaki hamun, memukul dan cuba bertindak kasar dengan penjawat awam.
Kini seorang lagi pegawai tinggi kerajaan di bunuh, dan pihak polis perlu menyiasat tentang bandit-bandit genarasi baru yang aktif di dalam hutan batu dan bukan di hutan rimba.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Seri Hanif Omar pernah berkata, akan datang gerakan komunis akan muncul cara baru di dalam bandar, bukan di hutan".
Polis mengesahkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Saharuddin Ibrahim, 58, maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di Putrajaya pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.
Menurut laporan awal, mangsa ditembak tiga kali oleh individu tidak dikenali.
Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.
Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.-26/4/2013