Isnin, 22 April 2013

YB Dato Tan Lian Hoe sentiasa membantu kaum India di Taiping, sekali gus menyanggah tuduhan Nga Kor Ming



 Calon Dap yang mempertahankan kerusi parlimen Taiping dikesan telah memburukkan lawannya iaitu YB Dato Tan Lian Koe Timbalan Menteri KPDNKK.

Calon Dap iaitu Nga Kor Ming telah cuba memburuk-burukkan  Tan kononnya Calon BN itu tidak mempeduli kan kaum India dan hanya membantu kaum Cina sahaja.

Nga yang kehilangan sokongan dan terdesak telah mereka-reka tohmahan yang berunsur jahat dengan tujuan untuk meraih undi kaum India.

Memang betul Nga tak pernah mengetahui bahawa Tan sentiasa membantu kaum India disebabkan beliau hanya datang sekali-sekala saja.

YB Yew Tiah Hoe adun Aulong telah mengakui Nga kuat berbohong seperti ular. Nga sememangnya pemalas dan tidak memberikan perkhidmatan kepada penduduk Taiping.