Kecewa dengan kepimpinan Pas yang semakin lari daripada perjuangan menegakkan Islam, seramai 160 ahli Pas Cawangan Kampung Ayer Terjun, Trong mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO dalam satu majlis di sini malam tadi.
Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Gantang, Datuk Ismail Safian.
Pada majlis sama, Ismail turut menerima borang keahlian baru daripada 138 ahli penduduk Taman Mewah, Kamunting.