Sabtu, 25 Mei 2013

ANWAR IBRAHIM PERLU BUAT PEMERIKSAAN MENTAL DI HOSPITAL TANJUNG RAMBUTAN



Sejak kegagalan membentuk kerajaan pada 16 September 2008 Abang Nod terus gila talak sehingga hari ini. Cita-cita Abang Nod untuk mencuri 30 ahli parlimen BN telah dimulakan sebaik sahaja beliau memenangi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh pada hari Selasa 26 Ogos 2008.

Kekalahan Pakatan 'Haram' Rakyat pada 5 Mei 2013 yang lalu memberi impak yang besar kepada beliau. Sebelum PRU 13, Abang Nod telah berikrar, sekiranya beliau kalah, beliau akan merehatkan diri dan akan menjadi pensyarah di luar negara, menjadi aktivis masyarakat seperti memberi kuliah agama dan dakwah kepada pendatang-pendatang tanpa izin seperti gadis-gadis manis dari China, Filipina, Thailand dan lain-lain.Itu janji beliau pada peringkat awal.

Bagaimana pun lidah Abang Nod sedikit pun tidak boleh dipercayai. 10 ayat yang di cakapkan kepada rakyat, 12 tak boleh pakai. Sekarang Abang Nod dah tak jadi bersara dan membatalkan semua janji-janji beliau dengan alasan SPR menipu dan bersekongkol dengan BN.

Abang Nod dalam bab politik memang bijak, awal-awal lagi beliau berjaya menutup minda penyokong bahawa kekalahan Pakatan Haram adalah kerana SPR dan UMNO. Oleh itu Abang Nod berjaya menutup kelemahan Pkr. Dap dan Pas yang gagal merampas Putrajaya.

Hari ini Abang Nod ingin menumbangkan kerajaan melalui rusuhan Ala Arab Spring dan Abang Nod menyampaikan hasratnya melalui balacinya iaitu Adam Adli.

Kesimpulannya atau pengajaran yang boleh diambil dari pemerhatian kepada tingkah laku Abang Nod ialah beliau seorang yang gagal menguruskan dirinya dan gejala ini membawa kepada masalah tekanan dan sakit mental.

Abang Nod tidak akan mengaku kesalahannya dan sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada orang lain.  Abang Nod mempunyai simtem gila kuasa atau disebut sebagai 'paranoia' menyebabkan Abang Nod gila nak menjadi Perdana Menteri ke 7.  Abang Nod kini sudah berusia 66 tahun dan biasanya pada usia sedemikian akan mudah terdedah kepada penyakit nyanyuk atau alzheimer's disease (AD)

Oleh yang demikian sebaik-baiknya eloklah beliau berjumlah doktor pakar di Hospital Kesihatan Mental Tanjung Rambutan untuk menjalani ujian dan jika didapati benar elok lah berehat sahaja. Bawa-bawa lah diri bermain golf, boling atau sukan berkuda dan jet ski yang pernah diceburi beliau semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu.