Rabu, 29 Mei 2013

ASKAR KACANG MERAH MENDEDAHKAN TEMBELANG BURUK DEMOCRATIC ACTION PARTY

http://shenyeeaun.blogsome.com/

TM juga telah mengesan wujudnya beberapa individu yang berjaya membantu calon-calon Dap untuk mempertahankan kerusi parlimen Taiping dan Dun Aulong dan Pokok Assam yang dimenangi mereka sejak 2008.

Askar Kacang Merah Taiping ada dalam kurang 10 orang dan mereka menjalankan kerja secara sambilan kerana mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Pas juga menubuhkan Askar Kacang Hijau di Taiping dan beberapa individu telah dikenal pasti untuk membantu Pas di Taiping, Larut dan Bukit Gantang. Malah 2 orang pakar IT dari Kedah juga telah ditugaskan untuk membantu Pas dalam PRU 13.

Nama-nama individu Askar Kacang Hijau juga pernah didedahkan sebelum ini. Mereka bergiat cergas dalam facebook dan blog.

Taipingmali menjadi sasaran mereka dan pelbagai cerita direka untuk melemahkan semangat dan melumpuhkan perjuangan TM dalam penulisan blog.

Dahulu terdapat sebuah blog yang kerap menghentam TM tetapi blog tersebut ditutup kerana salah seorang moderatornya telah meninggal dunia. kemudian tugas menyerang TM diserahkan kepada Manjungmari dan kini tugas tersebut dipikul oleh blogger Mad Zam bersama dengan beberapa facebookers. Mad Zam juga mempunyai beberapa orang stringers. Mad Zam dahulunya banyak bergerak bersama dengan wartawan Sinar Harian.

Kini ramai wartawan akhbar medium perdana dikenal pasti sebagai stringer kepada media pembangkang, mereka ini ibarat gergaji dua mata kerana makan upah dari dua pihak. TM mempunyai maklumat mereka ini. Tidak hairanlah pada malam menunggu keputusan PRU 13 di kediaman Menteri Besar Perak ramai wartawan gaji dua belah ini tidak sabar-sabar untuk menyambut kemenangan Pakatan Pembangkang, kekecewaan jelas terpancar pada riak wajah mereka apabila BN berjaya memenangi Perak kali ini.