Selasa, 28 Mei 2013

Bila Lampu Padam




Kisah lampu padam minggu ini jadi sangat hot. Ini kerana Rafizi Ramli sudah panas bontot dalam isu lampu padam. Ust Azhar Idrus (ustaz fardu ain YouTube) juga panas dengan isu tutup lampu bila kahwin dengan bini tak comel.

Isu lampu padam menjadi hot apabila pembangkang menayangkan sekeping gambar proses pengiraan undi dengan menggunakan lampu suluh.

Calon Dap, Wong Tack yang bertanding di kerusi Parlimen Bentong (PRU13), menegaskan tiada gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Bentong pada 5 Mei lalu. Wong tewas 379 undi kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sementara itu Noor Hanim yang menang di Dun Serdang berkata kejadian lampu padam yang disiarkan dalam media dirakam oleh seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3 Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam pada 5 Mei lalu.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kelmarin mendedahkan satu laporan polis bagi membuktikan dakwaan bahawa kejadian lampu padam turut berlaku di satu pusat pengundian di Kulim Kedah pada 5 Mei lalu.

Rafizi juga menyalahkan SPR dengan kejadian tersebut seolah-olah keputusan pengiraan tidak sah dan PRK hendaklah dibuat semula, begitu lah motif mereka. Rafizi juga cukup marah kepada TNB kerana kejadian tersebut. Ini kerana TNB pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak berlaku gangguan elektrik di kawasan-kawasan yang dipertikaikan.

Begini lah, Selalunya sebuah premis seperti sekolah, dewan orang ramai dan lain-lain premis yang dijadikan pusat pembuangan undi kadang kala berlaku litar pintas yang tidak dijangka. Banyak sebab boleh berlaku litar pintas, ia menyebabkan suis besar akan terjatuh atau tertutup secara automatik dan biasanya jaga atau pekerja premis tersebut tahu di mana punca dan merekalah yang akan menghidupkan suis semula.

Ketua Tempat Mengundi (KTM)  juga dan pegawai SPR akan memeriksa semua bilik-bilik pengundi sehari sebelum hari pembuangan undi. Ini bermakna pada hari Sabtu 4 Mei semua yang terlibat akan pergi ke pusat mengundi untuk menyiapkan ruang, susun kerusi dan melekatkan label di pintu dan sebagainya. 

Pada keesokan hari KTM awal-awal lagi akan ke balai polis untuk mengambil peti undi dan dibawa ke pusat  mengundi dan proses mengundi akan dimulakan tepat pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan pengiraan undi boleh dimulakan atau selepas rehat untuk solat Asar. 

Setelah selesai pengiraan wakil calon akan diberikan keputusan menggunakan borang 14, dan semua dokumen kertas undi akan diikat dan dimasukkan dalam sampul plastik, di sita dan di tanda tangan oleh wakil calon.  Barang-barang tersebut disimpan dalam peti undi selama 6 bulan untuk petisyen dan sebagainya , ianya hanya boleh dibuka semula dengan perintah mahkamah.

So, Rafizi toksah lah dok meroyan, lampu padam kah, blackout kah ia tidak akan mengubah keputusan undi, SPR dan TNB tidak boleh dipersalahkan jika berlaku blackout. Agaknya Rafizi duduk dalam gua kut.