Nelayan Kuala Kedah |
Malam tadi TM menerima satu berita yang tidak sedap kita dengar dari Kedah, berita mengenai nasib nelayan melayu di Kuala Mudah Kedah;
Nelayan Melayu di Kuala Muda Kedah terpaksa menjual ikan kembung kepada peraih cina pada harga RM 1.50 sekilogram berbanding RM 4.00 sebelum pilihan raya.Apakah motif sebenar tindakan menurunkan harga ikan sebegitu rendah, adakah peraih ikan ingin menghukum pengundi melayu yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional untuk memerintah Kedah?
Dahulu sebelum PRU 12, ramai petani dan nelayan mengeluh kerana harga keperluan barangan yang berkait dengan aktiviti mereka mengalami kenaikan harga yang melampau. Apabila nelayan dan pesawah mempersoalankan kenaikan harga barang, dengan mudah mereka menjawab , "BN kasi barang naik, semua barang sudah naik harga" itu alasan mereka.
Kebanyakan nelayan sebelum turun ke laut, mereka akan membeli minyak dan barang-barang lain secara hutang dan apabila kembali ke darat hasil tangkapan mereka akan dibeli semula oleh peraih tersebut, Setelah dikira harga ikan maka mereka akan menolak hutang barang keperluan yang diambil oleh nelayan sebelum turun ke laut.
Harga ikan ditentukan oleh peraih bukan lagi secara lelongan. Di sini lah peraih akan memainkan peranan mereka. Naik turun harga adalah dibawah kuasa mereka. Nelayan tidak mampu menetapkan harga kerana terikat dengan hutang. Begitu juga lah masalah yang dihadapi oleh pesawah, cukup masa menuai tauke besar akan datang bawah bawa jentera dan lori untuk kutip hasil.
Kuala Kedah juga satu ketika dahulu terkenal dengan sistem lelongan bisik-bisik tetapi dengan campur tangan LKIM dianggap merugikan nelayan dan diubah kepada lelongan terbuka.
Kepada nelayan yang menerima nasib malang ini hendaklah mengelakkan diri daripada berhutang sebelum turun ke laut jadi lah nelayan yang bebas daripada cengkaman peraih.