Langkau ke kandungan utama

DAKWAT KEKAL, PEMBANGKANG TUTUP MALU SENDIRI

LAPORAN POLIS OLEH BANG NOD


Sejarah pilihan raya negara ini sudah 12 kali diadakan sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955. PRU 13 Malaysia mencatat sejarah kerana menggunakan dakwat kekal.

Isu dakwat kekal ialah usul yang dibawa oleh pembangkang terutama Pas dan Pkr. Umno dari awal memang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pembangkang juga memohon supaya tempoh kempen dilanjutkan selama 21 hari seperti tahun-tahun 60an dahulu.

Cadangan 21 hari kempen pun tidak di persetujui oleh Umno kerana negara kita mempunyai sistem jalan raya yang baik, kemudahan komunikasi yang baik setanding negara-negara maju yang lain walaupun agak ketinggalan sedikit.

PRU 13 tempoh kempen dua minggu ternyata minggu pertama kempen menjadi sepi dan perlahan. hanya pada saat-saat akhir sahaja keadaan menjadi lebih rancak dan agresif. Oleh itu untuk pilihan raya akan datang cukup setakat seminggu sahaja..

Idea pembangkang menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya juga merupakan satu idea kuno dan ia menggambarkan Malaysia sebuah negara yang mundur dan tidak maju. Setakat hari ini negara yang menggunakan dakwat ialah Indonesia, India, Mali dan mungkin beberapa negara lain yang ramai penduduknya dan sistem pendaftaran yang kuno,

"Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat di hilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu. ( kalis air bukan kalis peluntur)

Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.

Penggunaan dakwat kekal dianggap tidak sempurna kerana ia boleh digunakan dalam penipuan pilihan raya dengan menanda penyokong parti lawan sebelum mereka berpeluang membuang undi. Selain itu, terdapat juga laporan mengenai "dakwat kekal" boleh dicuci dengan peluntur daripada tangan pengundi.

Mungkin bagi negara mundur dakwat yang dicalit pada jari sukar dicuci, ia berlawanan pula dengan negara kita yang serba moden dan maju, dalam pasaran terdapat pelbagai jenis bahan peluntur dan bahan pencuci. 

Sebab itu lah di negara-negara maju mereka tidak menggunakan amalan lapuk ini. Pada 2008 SPR telah membelanjakan RM 2.4 juta untuk membeli dakwat tersebut, tetapi apabila mendapat tahu bahawa pihak pembangkang juga sudah membeli dakwat tersebut untuk dicalitkan di jari-jari warga emas menyebabkan penggunaan ketika itu dibatalkan/

Selepas satu suruhan jaya penambah baikan sistem pilihan raya diadakan, suruhanjaya telah bersetuju agar dakwat tersebut digunakan buat pertama kali pada PRU yang lepas.

Pada 30 April hari pembuangan undi secara pos telah dilakukan dan menyebabkan pembangkang telah memainkan isu ini awal-awal lagi. pada 8.00 pagi mereka telah mainkan isu bahawa dakwat boleh dicuci. pada hal jam ditangan salah seorang pelakon menunjukkan jam 8.00 pagi.

Hari ini Ketua Umum sebuah parti pembangkang telah membuat laporan polis mengenai dakwat yang tidak kekal. TM juga mengundi pada 5 Mei dan selepas itu dakwat kekal untuk beberapa hari dan kesannya hilang sepenuhnya selepas satu minggu. 

Ketahanan dakwat akan kekal ini bergantung kepada cara hidup seseorang. jika pengundi seorang tukang cuci pinggan di restoran rasanya selepas 12 jam dakwat tersebut akan hilang terus. tetapi pada kaum Afrika di Mali dan India yang susah jumpa air, dan pencuci, seminggu pun kesannya masih ada.

Apabila SPR bercadang untuk menggunakan sistem biometrik yang 100 kali lebih baik berbanding dakwat, tetapi pihak pembangkang juga yang menolak dengan pelbagai alasan.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata antaranya pelaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi isu pengundi hantu yang sering di bangkitkan pihak pembangkang setiap kali menjelang pilihan raya.
“Dengan adanya sistem biometrik ini, ia akan dapat membantu mengelak seseorang individu ataupun pengundi itu membuat pembuangan undi dua kali,” katanya pada sidang media, di sini Isnin. 8 Ogos 2011.
 Puak-puak pembangkang di Malaysia ini jenis dajal dan engkar, hanya mereka saja yang betul, orang lain semua salah. Sekarang malu sendiri lah. dulu sibuk nak guna dakwat, kini dakwat pun tak betul.

Eloknya dalam PRU 14 eloklah  SPR bawa pisau pemotong daging untuk kerat jari mereka yang sudah mengundi atau besi panas untuk cap di dahi mereka.

Ulasan

  1. HAHAHAHA idea bernas! Tapi adalah lebih baik kalau besi panas itu dicap di bontot mereka!

    BalasPadam
  2. Ada ink yg tahan lama wlaupun dicuci. SPR xguna! Bazir duit juta-juta... Baik pkai inai tahan sebulan wlaupun dicuci... Puiii!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ingat nak pakai inai main calit aje yek,ke tak penah tengok pengantin pakai inai?,bangang

      Padam
    2. apa ko ingat nak pakai inai boleh main calit aje ek,ke ko tak penah tengok pengantin pakai inai?,bangang

      Padam
    3. ehhh bodo nye awak ni ...
      penah tgk tak orang pkai inai cemane ? lebih spesifik lagi; MASA yang diperlukan utk inai tu memberi tanda 'inai' di anggota badan yakni di jari ??? jawapan : LAMA la ngok. Ko ingat bejuta org nk ngundi ada masa ke nk tunggu inai tu efek kat jari. Inai powder pun sejam weiii, jgn kan pulak inai asli.

      Padam
  3. Pakai inai blh proses daun jadikan liquik pas tu calitkan kat jari, org mlysia ni pandai2 xkan itu pun xleh cipta. Ni abihkan duit beli dakwat berjuta2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HANG CKP JER PI VUAT LAA JUAL KAT SPR

      Padam
  4. "Ketahanan dakwat akan kekal ini bergantung kepada cara hidup seseorang"... jika sseorang itu mmbasuh berak guna air serta mngorek cikit bontot mereka supaya taik pendam kluar habis maka dakwat kekal itu akan hilang sdikit.. bila mereka korek idung atau pusat sbagai tabiat yg masih dlm tabie maka dakwat itu akan smakin pudar.. oleh itu ntuk mngekalkn dakwat itu lpas berak calit pakai tisu toilet roll mcm kbanyakan cina.. dan yg paling penting jngan mengorek sgala apa benda yg boleh dikorek..

    BalasPadam
  5. Lain kali cop buku lima di mata, kekal berminggu-minggu. Satu dunia boleh tahu. Kalau tak pun pakai pendakap leher, taruh mangga tahan bertahun-tahun.

    Atau pun guna lendir pam dalam lubang kunyit, tengok kekal kah tak kekal.

    BalasPadam
  6. https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/q79/s720x720/311618_10151770141697189_1476090968_n.jpg

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…