Isnin, 27 Mei 2013

BN silap ikut strategi badut Pakatan - Daim

Kenyataan pedas Tun Daim perlu diambil kira oleh Putrajaya, Sebelum ini pun TM kurang bersetuju dengan pendekatan yang dibawa oleh BN terutama dalam mempromosi 1Malaysia dan kempen Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Ia sukar diaplikasi kan dan susah untuk ulang-ulang. Anwar dilihat agak berjaya dengan slogan 'Tukar' walaupun slogan 'tukar' adalah slogan ciplak daripada agenda menukar imej ITM kepada UiTM. 

Anwar dengan hanya satu patah perkataan berjaya menarik minda rakyat.  Dap pula berjaya dengan slogan 'Ubah'. 1 Malaysia dan tranformasi politik dianggap sebagai mempromosi satu individu sahaja dan ia amat mudah di patahkan oleh pembangkang.

Apapun kenyataan Tun Daim agar penasihat-penasihat harus dipecat memang wajar kerana kempen yang diilhamkan oleh mereka menyebabkan pengundi marah. seperti papan iklan yang terpangpang di lebuh raya, ia memberi impak yang negatif kepada BN.

Terdapat juga agensi kerajaan yang berkait dengan politik sibuk mempromosikan diri mereka atau orang dalam jabatan mereka sebagai calon. Tidak kurang juga yang kecewa kerana nama mereka tidak naik sebagai calon.

Walau apa pun yang terjadi kita bersyukur kerana kerajaan BN masih mengekalkan pemerintahan untuk lima tahun akan datang. Untuk menang dua pertiga kerusi dewan rakyat bukan menjadi perkara utama lagi. menang satu kerusi pun sudah cukup bermakna. Syukur kerana berjaya mendapat 133 kerusi walaupun merosot 7 kerusi berbanding 2008. 

BN perlu menang untuk memudahkan proses seperti membuat persempadanan semula atau menambah kerusi. 

Pembangkang walaupun kalah tetapi undi mereka semakin meningkat dan di setengah-setengah kerusi, pembangkang terutama Dap memperoleh majoriti yang menakjubkan. jauh dengan kemenangan Pas yang hanya margin yang kecil. 

BN perlu merancang semula strategi untuk menang besar pada PRU 14. Kelmarin dalam majlis kesyukuran di Pekan Pahang, perdana menteri telah membayangkan satu perubahan perlu dilakukan. BN tidak boleh ambil kira jasanya dalam tempoh 55 tahun berkuasa. ( LINK)

Mulai sekarang BN perlu merancang strategi baru.

Berikut adalah kenyataan wawancara Anatara Pos bersama Tun Daim

Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.

Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.

"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.

"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "

Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.

"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.

"Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur," kata beliau.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.

Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.

Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.

BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.

"Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang," kata Daim

7 ulasan:

  1. setuju dengan daim.....pecat semua punahsihat najib.....punahsihat tu bukan mempromosikan BN sebaliknya mempromosikan Najib dan isterinya sebagai selebriti...yang pi lantik farid ridzuan tu apa ke jadahnya...najib dan rosmah bukannya artis.....Bukan BN salah congak tapi Najib dan Rsoamah salah congak lebih mementingkan diri dari parti...1Malaysia tu kejadahnya...semunya nak dijenamakan 1Malaysia..hingga rakyat naik muak..apa salahnya dikekalkan Malaysia Boleh......punahsihat Najib memakan diri sendiri....menghuntungkan pembangkang...

    BalasPadam
  2. Sabotaj terus berlau dalam UMNO, MCA dan MIC...walaupun BN menubuhkan pasukan pemantaunya kononnya untuk mengekakng perbuatan sabotaj.......perbuatan sabotaj dah jadi daging darah dalam komponen BN selagi UMNO tak lakukan tranformasi selama itulah akan wujud kumpulan sabotaj ini dalam UMNO...umno kena beranai untuk melakukan perubahan...pecat ahli yang sabotaj calon....UMNO ada berani...jangan nak popular sanggup simpin musang dalam reban ayam...

    BalasPadam
  3. Indeed!! PM n isteri both bukan celebriti dan bukan entertainer...tapi DS Najib adalah seorang pemimpin...jadi sebagai pemimpin apasalahnya kalau nak hire perunding image utk DS Rosmah, xboleke cari yg bercirikan Islam... bukankah lebih afdal kalau DS Rosmah membawa penampilan seornag muslimah dimulai dengan berhijab!!! Ingin saya katakan dan ini adalah pandangan peribadi saya bahawa, DS Rosmah berbanding dgn isteri Anwar dan anak2 telah melakukan sebaik mungkin sebagai isteri seorang PM dgn kerja2 kebajikan disana sini namun semuanya dicantas atas kapasiti penampilan DS Rosmah yg tidak mencirikan seorang muslimah dgn tidak menutup aurat (ie bertudung, baju yg ketat mengikut bentuk badan etc) sedangkan Wan Azizah, Nurul Izzah misalnya dilihat seakan2 mempunyai watak yg memnuhi ciri2 seornag muslimah walaupun disebalik itu semua kita tahu siapa mereka namun rakyat jelata yg silence melihat semua ini....

    BalasPadam
  4. Yas Kodenah Okor Terigas27 Mei 2013 10:58 PTG

    Yerlah peluang hanya lima sekali tahun mendatang. Mendatang hian sebarang mendatang, mendatang mari silap2 semua lintang pukang. Papan iklan sekeping berapa RM, bena berapa RM, kai rentang dan pemidang berapa RM. Lokal order mesti masyukkkkkk. Inilah yang ramai membenci BN. Pandangan ikhlas.

    BalasPadam
  5. Stupid idiot an oldman.. u just barking right now.. when was u at the time of BN need ur support??

    Pirahh org tua ni ckp pandai.. LALANG dn sekutu Anwar. kenapa skrg nk salahkan BN? ko kemana semasa BN perlukan sokongan org2 lama? Ko tunggu mana satu yg kasi ko boleh senang??

    Tun M turun bersungguh2 kempen..ko bersenang lenang di mana?? Europe? Autralia?

    Wei DAIM besi buruk..ko juga parasit.. ko kayakan diri ko, berlambak Chinese zmn ko jd Menteri.. then ko skrg nk busukkan BN?

    xguna punya manusia.. bila kalah komen mcm prof.salahkan org lain. ini veteran UMNO kaya punya style.. temolok 1st

    BalasPadam
  6. posting mcm ni sengaja nk kelirukan rakyat terhadap UMNO BN. Kenapa tk cerita kebaikan yg berlambak2? kenapa blogge rpro UMNO suka terbalik.. cari kelemahan yg sedikit dibesar2kan..

    musuh diluar sana bergolek ketawa.. sepatutnya kita full support pd kapten yg dh buat yg terbaik tp OMBAK terlalu kuat.. apakah salah KAPTEN jugak?

    Bg aku daim ni cukup tak guna.. dia hanya timbul utk tunjuk HERO.. sdngkan dia byk tolong Cina zaman jd menteri.. kayakan diri dan keluarga serta sekutu rapat Anwar..

    aku juga hairan smgt juang blogger Pro UMNO cukup lembik dn suka pilih isu yg rosakkan BN. PR ade buat mcm ni ke??

    plsss la.. jgn ajar rakyat biadab.. korang blogger pro UMNO jgn besar kepala.. igt silent reader xde muak ke dgn aksi2 mcm ni.. kita nak kesatuan dan semangat.. jgn nnt kitorang sebarkan blogger longkang mcm PARPU dan GOMO ini sbrnya perosak UMNO!!

    watch out!

    BalasPadam
  7. Bila kalah semua salahkan NAJIB. Bila Najib kayakan Cina? Mahathir tahun 1999 kalah jugak..siap kayakan Robert Kuok, Goh Tong, Vincent, Sunny Ho, Patrick Lim.. kenapa xde sape berani kutuk? atau takut kena makan nasi dlm penjara??

    unfair politik Melayu selut.. muddy minded..

    BalasPadam