Jumaat, 31 Mei 2013

Husam Musa: Kalau Kerajaan Itu Tumbang Sendiri, Kita Nak Buat Macam Mana?

 "Kita berhimpun kerana kita  nak lawan BN kerana BN menang pilihan raya dengan penipuan" Kata Husam..

" Yang kita tentang adalah penipuan pilihan raya, kalau kita tak buat apa-apa  bila BN menang dengan penipuan pilihan raya sampai kiamat, rakyat tidak akan menang pilihan raya."

"Kerana itu yang kita tentang ialah cara pilihan raya dikendalikan, dan kita nak SPR, Dato Najib dan Rosmah, dengar dan lihat, sekarang rakyat tidak boleh lagi menerima penipuan pilihan raya. itu sebab kita berhimpun, perhimpunan ini diizinkan oleh demokrasi".

"Demokrasi bukan hanya pilihan raya, demokrasi adalah kebebasan berhimpun dan bersuara, perhimpunan ini juga adalah sebahagian daripada aturcara demokrasi, kita bukan nak tumbangkan kerajaan. tetapi kalau kerajaan nak tumbang kerajaan secara haram, tetapi jika kerajaan tumbang sendiri kita nak buat macam mana"

" Kalau kerajaan tu kuat, kita berhimpun, kerajaan tak tumbang, tapi kalau kerajaan itu lemah, menang dengan penipuan "

" Kerana penipuan BN dan SPR lah PAS berjaya menang dan memerintah Kelantan sejak 1990 sampai sekarang."


Penipuan yang menyebabkan Pas menang di Kelantan ialah;

1. Dakwat tak kekal
2. Black out
3. Undi Pos
4. Kepala bapak  hang.