Zahir berjaya pertahankan kerusi Dun Kamunting |
Soo Kay Ping juga pada awalnya dijangka menang tetapi kerana permainan kotor Lim Kit Siang merasuah Yew Tian Hoe supaya membatalkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas. Jika Yew kekal bertanding sebagai bebas, Koo ada peluang cerah untuk menawan semula Dun Aulong.
Dato Ho Cheng Wang kalah di Pokok Assam tidak menghairankan kerana beliau adalah calon recycle. Kekalahannya sudah pun dijangka awal.
Apa pun Taipingmali amat-amat berpuas hati dengan kemenangan Zahir Khalid di N16 Kamunting, walaupun pada peringkat awal sejak tahun lalu sudah ada ura-ura untuk memboikot beliau sekiranya dicalonkan untuk kali kedua.
Umno Taiping tidak seperti Umno Larut yang memonopoli semua kerusi. di Taiping Umno hanya mempunyai satu kerusi sahaja, manakala dua kerusi adun dimiliki oleh komponen BN.
Oleh itu kerusi Dun Kamunting menjadi idaman setiap ahli Umno Taiping, pun begitu ia diibaratkan sebagai ribut dalam cawan. beberapa hari selepas penamaan calon ada maklumat bahawa wujudnya perjumpaan ahli-ahli Umno dengan calon Pas dan pertemuan diadakan disebuah rumah home stay di Kamunting, pun begitu TM dan the krew gagal mengesan lokasi pertemuan tersebut.
Kekalahan calon Pas Kamunting adalah disebabkan beberapa faktor.
Faktor pertama ialah kesilapan calon sendiri yang tidak mendengar nasihat dan pandangan golongan ulama atau golongan veteran Pas.
Calon Pas juga pada mulanya telah mengunakan pejabat pengikut Syiah sebagai Bilik Gerakannya dan setelah menyedari kesilapanya beliau telah memindahkan semua jentera pilihan raya balik ke rumahnya. di Kampung Jana.
Faktor lain ialah beliau telah menerima wang sebanyak RM 10 ribu sumbangan Dap iaitu Nga Kor Ming sendiri.
Faktor berikutnya ialah kesilapan membawa masuk artis-artis untuk berkempen dan ini amat tidak disenangi oleh golongan ulamak Pas.
Calon Pas menyedari tentang masalah ini menyebabkan beliau mengadakan program-program bersama orang muda seperti larian rakyat, futsal dan sebagainya. Beliau berjaya dalam misinya dan dalam peti undi saluran 4,5 dan 6 beliau menang besar tetapi pada saluran 1 dan 2 beliau kalah banyak.
Faktor peribadi beliau juga menjadi penyebab kekalahan beliau kerana tidak telus dalam maklumat kelulusan pengajiannya. Isu perletakkan jawatannya sebagai guru penolong kanan Lil Banat juga mendedahkan beliau menghadapi masalah untuk diserapkan dalam perjawatan perguruan beliau.
.