Isnin, 6 Mei 2013

UMNO LARUT KEKAL MILIK BARISAN NASIONAL

Adun baru Batu Kurau Perak

Setinggi tahniah kepada pengundi parlimen Larut yang memenangkan semua calon BN.

Walaupun pada peringkat awal terdapat bantahan dari kalangan Umno sendiri mengenai calon adun sehingga ada yang nyaris-nyaris bertanding sebagai calon bebas.

Pun begitu segala marah dan rasa kecewa kerana tidak terpilih berakhir dengan kemenangan kesemua calon BN.

Dato Hamzah Zainuddin juga berjaya mengekalkan kerusi buat kali kedua kali ini. Hamzah adalah calon payung terjun 2008 dan berasal dari Ipoh Barat. Sebelum ini Hamzah dikatakan bertanding di Larut hanya untuk sepenggal sahaja tetapi kekal juga untuk penggal kedua.

Bersandarkan isteri yang berasal dari Selama menyebabkan Hamzah diterima baik oleh Larut. Kini beliau merupakan ahli Umno Larut dan dijangka akan bertanding untuk kerusi Ketua Umno Bahagian dalam pemilihan yang dijadualkan bulan depan.

Bagaimana pun dalam lawatan Dato Seri Najib ke Larut , Najib memperingatkan Dato Hamzah supaya jangan mengganggu Umno Larut dan biarkan Raja Ahmad kekal sebagai Ketua Umno Bahagian. Pun begitu sudah ada angin-angin bahawa Hamzah akan melanggar juga untuk jawatan tersebut.