Khamis, 23 Mei 2013

PAS Melaka terima keputusan PRU 13

Nampaknya Pas negeri Melaka telah menerima keputusan PRU 13 yang lalu dengan mengadakan jamuan kesyukuran selepas SPR mewartakan keputusan kelmarin Rabu 22 Mei 2013.

Setelah keputusan diwartakan Pas Melaka berani mengadakan jamuan, Tahniah kerana buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negeri, Pas berjaya mendapat seorang ahli dewan undangan negeri.

Kemudian timbul pula masalah peruntukan Adun, Pas sememangnya mempunyai banyak wang tetapi wang tersebut hanya boleh digunakan untuk perbelanjaan pilihan raya dan pemimpin tertentu sahaja seperti membayar sewa rumah gundik dan sebagainya.

Oleh yang demikian untuk meneruskan agenda kelansungan Kerajaan Berkebajikan, maka rakyat harus terus memberi ufti kepada pemimpin parti baru lah pemimpin dapat sewa hotel yang mahal dan menanggung kos "isteri-isteri" dan kereta mercedes yang mahal-mahal.

Itulah yang dimaksudkan dengan Negara Berkebajikan Pas. hari-hari kena tadah karung...