Rabu, 29 Mei 2013

Pengalaman TM ke Belaga



Pada 1983 TM bersama seorang rakan dari Jerantut, En Haniffah pernah merasai pengalaman manis ke Belaga Sarawak.

Perjalanan dengan bot ekspres bermula di Sibu ke Kapit mengambil masa 7 jam dan malam itu kami tidur di sebuah quaters guru SMK Kapit di rumah  Cikgu Shukri dan Ustaz Kasim yang sering muncul dalam program Motivasi pagi satu ketika dahulu.

Keesokan harinya seawal jam 4 pagi kami terpaksa menaiki sebuah bot yang tidak berbumbung untuk ke Belaga, bot tersebut lebih kepada membawa muatan kargo untuk kegunaan penduduk Belaga. Kami sampai di Belaga lebih kurang jam 10.00 malam dan kerana tiada hotel, kami mencari balai polis dan alhamdullah kami berjumpa dengan sebuah premis kayu yang langsung tidak menyerupai balai. Tujuan kami hanya satu untuk menumpang tidur. 

Nasib kami baik kerana bertemu dengan seorang koperal polis bernama Hafiz yang berasal dari Pahang lalu kami di bawa ke rumah bapa angkat tempat beliau menyewa bilik.  Pada malam itu kami dikejutkan dengan rupa bentuk rumah yang sama seperti rumah-rumah di semenanjung. 

Keesokan harinya baru lah jelas bahawa hampir ke semua rumah-rumah di kampung tersebut sama reka bentuknya. Menurut tuan rumah yang kami menumpang menceritakan kebanyakan penduduk melayu di Belaga adalah berasal dari Terengganu dan mereka datang untuk berdagang tetapi akhirnya menetap dan berkahwin dengan penduduk tempatan.

Sebelum ke Belaga, beberapa orang pegawai polis dan guru-guru di Kapit telah mengusik kami dengan cerita-cerita yang menggerunkan. 

Ada yang berseloroh berkata " selamat jalan, nanti kalau kami dengar cerita bot terbalik kami buat lah kenduri arwah untuk kami berdua dan mereka kan pasang pukat untuk mendapatkan jasad kami" 

Begitu lah dahsyatnya gurauan mereka, namun kami faham sangat budaya pegawai-pegawai semenanjung yang berkhidmat di sana, suka bergurau kaw-kaw. kutuk rapat-rapat tanpa kesian belas, sebab itulah ramai orang tempatan tidak dapat bergaul rapat dengan orang semenanjung di sana.

Sepanjang perjalanan ke Belaga terdapat beberapa buah bangkai bot ekspres dan bot kargo yang terbalik dan di tinggalkan di sungai  tersebut dengan mengikat tong-tong drum minyak untuk tujuan pengapungan.

Pemandangan di kiri dan kanan cukup cantik sukar digambarkan betapa indahnya pemandangan di pedalaman Sarawak. Cuma hari ini mungkin berbeza kerana sudah ada empangan Bakun. 

Sepanjang perjalanan terdapat dua jeram yang sangat bahaya dan penumpang diminta turun dan berjalan kaki sehingga melepasi ketinggian jeram. Melihat keupayaan bot menongkah jeram sangat mengujakan. bot terpaksa menggunakan enjin tambahan untuk membolehkan bot memanjat jeram tersebut. Selepas itu pengemudi akan berhentikan di tebing untuk mengambil semula penumpang. begitulah prosesnya untuk jeram kedua.  Pemandu terpaksa memeriksa propelar setiap kali berjaya melepasi jeram tersebut.

Setelah beberapa malam berada di Belaga tiba lah masa untuk balik, kali ini menaiki bot laju yang mempunyai 4 enjin setiap enjin kekuatan 200 hp. Perjalanan kali ini lebih hebat dan lebih menyeramkan. Pemandu bot adalah keturunan Kayan yang mahir dengan selok belok Sungai Rajang. 

Sepanjang perjalanan kami tidak perlu turun ke tebing sungai kerana bot laju itu mampu terjun jeram dengan cukup bergaya namun simbahan air sungai akan masuk ke dalam bot setiap kali penerjunan dibuat.  Setiap kali berjaya terjun, pengemudi dan pembantu beliau akan menghentikan bot di kawasan air tenang dan memeriksa setiap bilah propellar enjin tersebut. 

Syukur kerana sepanjang perjalanan pergi dan balik tidak ada apa-apa yang berlaku, satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Kini menaiki bot ekpress dikawal oleh pihak berkuasa, setiap penumpang yang akan menaiki bot diwajibkan mencatat nama dalam borang yang disediakan dan had muatan juga dikawal oleh pihak berkuasa (LSS). Namun peristiwa bot karam dua hari lepas mungkin disebabkan bot tersebut mengambil penumpang di pangkalan balak sepanjang sungai. mereka balik untuk sambutan Gawai Dayak hujung minggu ini.

Takziah kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga yang hilang dalam kejadian tersebut.

Tambahan, semasa menaiki bot dari Sibu ke Kapit, bot kami di arah berhenti oleh polis marin sebelum tiba di Konawit untuk diperiksa kerana beberapa hari sebelum itu berlaku serangan pengganas komunis terhadap tentera  di kawasan Rascom.

1 ulasan:

  1. kerajaan negeri buatlah jalan raya ke Kapit. 20 km je.

    BalasPadam