Rabu, 29 Mei 2013

MAJLIS PERBANDARAN TAIPING DAN SAMPAH


Apa yang kita lihat dalam gambar ini adalah fenomena biasa di kawasan majlis MPT. Setiap hari lori ini akan bergerak ke kawasan yang ditetapkan mengikut jadual. Gambar di atas dirakam di Jalan Medan Kamunting

Kebanyakan kutipan sampah dilakukan oleh kontraktor-kontraktor swasta dan MPT hanya bertanggung jawab membersih dalam bandar sahaja.

Cuma yang orang kurang puas hati ialah cara mereka bekerja. Kebanyakan pekerja akan menyelongkar tong sampah dan mengasingkan sampah-sampah yang boleh di kitar semula. Untuk itu mereka menyediakan karung-karung plastik dan digantung di belakang lori. Proses ini menyebabkan mereka mengambil masa yang lama ketika berada di kawasan tong-tong sampah dan ia mengganggu pengguna jalan raya yang lain terutama jika ia dilakukan pada awal pagi dan waktu puncak.

Seperkara lagi yang kurang menyenangkan ialah apabila mereka sesuka hati  memerah sampah masuk ke mesin dan menyebabkan air licik lelehan dari lori mengalir ke jalan raya atau di kawasan kedai makan dan sebagainya.

Satu perkara ialah yang memualkan hati ialah sikap pekerja yang suka mencampakkan tong sampah. Tong sampah bukannya seringgit dua ringgit, selalunya tong yang di campak akan berkemungkinan pecah dan terpaksa diganti baru.

Pada tengah hari sampah akan dihantar ke kawasan pelupusan sampah di Matang bersebelahan lebuh raya utara selatan (PLUS). kemudian bahan-bahan yang dikumpulkan dalam plastik tadi akan dijual pula kepada pembeli barangan lusuh yang sedia menunggu ditempat pelupusan sampah.

Setelah habis kerja dan mendapat hasil daripada jualan barang kitar semula, mereka bergegas balik ke logistik untuk menyimpan lori dan tandatangan tamat tugas.  Begitu lah tugas mereka setiap hari. Lori sampah tidak pernah dicuci dan oleh sebab itulah lori yang baru-baru akan kelihatan buruk dan berbau hanyir jika berada di jalan raya.