Rabu, 29 Mei 2013

Kompleks Pendidikan Darul Anwar



Idham Lim sudah terkeluar daripada barisan wakil rakyat Pas negeri Perak. Oleh kerana krisis beliau dengan Mujtahid Yusof menyebabkan Idham disingkirkan dari Parit Buntar.

Idham Lim pada awalnya dicadangkan bertanding di Gerik tetapi akhirnya ke Kuala Kangsar (P67) namun beliau tewas kepada Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang mewakili Barisan Nasional.

Persoalan sekarang ialah projek Darul Anwar yang bernilai RM 5 juta. Adakah akan diteruskan atau tinggal nama sahaja. 

Dana yang berjaya dikumpulkan pun kita tak tahu berapa jumlahnya. Pada mula dana yang diperolehi sangat kecil tetapi setelah mengubah strategi dengan menjual Quran digital difahamkan dana yang masuk cukup banyak. 

Selain dana untuk membina kompleks tersebut Idham juga mengumpul dana Idham Care daripada orang ramai untuk membantu rakyat Titi Serong.  Cuma harap Idham dapat jelaskan berapa ramai rakyat atau pengundi Titi Serong yang telah menerima bantuan beliau, atau dana tersebut hanya untuk  tujuan peribadi. Harap dapat penjelasan beliau.