Selasa, 21 Mei 2013

YB Dr Hj Muhammad Amin Exco Pelajaran Perak meraikan guru dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak






Exco Pelajaran Perak yang baru, Dr Hj Muhammad Amin Zakaria hari ini menjalankan tugas pertama beliau dalam sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak. 

Beliau telah mewakili YAB MB Perak ke majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak di Dewan MRSM Felda, Trolak pada hari ini 21hb. Mei. 

Acara bermula dengan doa dan lagu Negaraku dan Lagu Perak. Ada anugerah guru, Guru Besar dan Pengetua Cemerlang. 

Kemuncak acara ialah Anugerah Tokoh Guru Negeri Perak dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan. 

Majlis diakhiri dengan Lagu 1Malaysia, Lawatan ke Pameran dan Jamuan Makan Tengah Hari. Tahniah kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak kerana majlis berjalan lancar dan cemerlang.