Isnin, 10 Jun 2013

Ajaran Al-Arqam

"Polis pantau kegiatan Al-Arqam" begitulah tajuk berita dalam Harian Metro hari ini.

Kumpulan yang diharamkan sejak 1994 dikatakan tidak menjejaskan keselamatan negara kata TKPN DS Bakri Zinin.

Polis memantau dari sudut keselamatan dan ancaman kepada negara. Akan tetapi bagaimana pula tentang ajaran mereka yang semakin berkembang dikalangan generasi ketiga pengikut kumpulan ini?

Apa peranan JAKIM dan apa peranan Jabatan Agama Islam setiap negeri. Kenapa tidak didakwa pemimpin mereka di mahkamah syariah?

Bukan saja Al-Arqam yang mengancam aqidah umat Islam tetapi ajaran Syiah turut mengancam umat Islam. Apakah tindakan Jabatan Agama Islam?

Sekarang Arqam mengadakan sidang parlimen roh pulak. Sikit hari lagi ada pula majlis yakazah atau majlis kahwin ramai-ramai, pilih saja yang mana suka terus kawin.

Ayuh Jakim bertindaklah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 ulasan:

  1. bukan semua ulama mengatakan al arqam tu sesat. Lebih kepada perbezaan pendapat antara ulama sufi dan bukan sufi..itu saja. Lagi pun Nahdatul ulama Indonesia pada tahun 1994 turut mengeluarkan fatwa alarqam tak ada yang sesat pun...hal-hal furuq saja yang menjadi perdebatan antara ulama..kenapa nak hancurkan ekonomi orang islam??? hal furuq macam ni pun nak gaduh....bodohlah kita orang melayu, surat kabar pulak suka jadi penghasut dan batu api..naik meluat aku....dan surat kabar tidak pernah memberi keadilan kepada al-arqam untuk mereka menjawab segala tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada al arqam. Aku harap satu masa surat kabar yang suka memburukkan al arqam buka mata dan minda, jangan sempit sangat fikiran tu, tengok orang melayu Berjaya sikit...nak hancurkan...betul orang kata melayu ni sifat hasad dengki memang tak boleh nak buang...

    BalasPadam
  2. ya,aku setuju komen,anda,saya sendiri pernah meangotai al'arqam pada tahun 1991 hingga 1994,dan menurut penilaian saya,pada ajaran al arqam tak ada satu pun yang salah dari segi akidah,mereka tak pernah pun mengkafirkan orang islam lain,yang tak sealiran dpd mereka,salah satu yang saya bangga pada mereka ialah soal makanan halal,mereka buat sendiri kerana mereka ada kilang makanan halal,kenapa umat islam masa kini ada 45%saja yang berakhlak mulia dan mengerajakan solat 5 waktu,kenapa?ya,kerana makanan yang sedia ada dijual di market market sekarang di punyai oleh orang bukan islam,yg mana mereka belum arif soal makanan halal yang sebenarnya,lagi satu banyak makanan dpd luar negara ,kalau kita termakan makanan tak halal pasti hati kita akan jauh dpd jalan ALLAH tanpa kita sedar,saya dah kaji dah,soal makanan haram ni,tanda halal malysia jakim tidak menjaminkan makanan itu halal100%,kebaikan al'arqam,mereka jaga soal makanan yg di makan oleh mereka,

    BalasPadam
  3. TANPA NAMA 6.36 tolong tunjukkan ulama gila mana kata al arqam tak sesat? ulama ayah pin atau nicky ajis? gilo benar kau, sama gila dgn al arqam yg jlas2 mensyirikkan ALLAH SWT

    BalasPadam
  4. Al Arqam tu kultus personaliti.

    Berantas awal-awal sebelum kaya dengan sumbangan ahli dan menyusup dalam pemerintahan atau media.

    Sama jugak dengan mega church kristian cina yang sedang bertumbuh sekarang. Yang ni bukan setakat kaut duit tapi nak ubah kerajaan ke kerajaan kristian lagi.

    BalasPadam