Selasa, 18 Jun 2013
Berhati-hati bila ada kereta yang mengekori dari belakang
Jenayah: Tindakan Bijak Seorang Wanita Apabila Kereta Dia Diekori! | Pengalaman sebenar diekori kereta penjenayah ini dialami oleh seorang pemandu wanita,
ikuti kisah beliau:
kisah berlaku pada 20/3/2013 pada jam antara 2:00- 2:30 petang dalam perjalanan dari Nilai 3 nak balik Bangi ikut jalan shortcut Bukit Mahkota.
saya ke nilai nak beli langsir, habis semua saya pun nak balik rumah di Bangi seorang diri dalam kereta, sampai satu jalan itu saya perasan ada kereta Mercedes atau BMW dengan no WNW 8558 atau WNW 8588 (tengah gelabah nombor kereta pun ingat-ingat lupa) dia memberi lampu ke arah saya, so saya slow ler keta sebab kereta saya pintu tak rapat atau tangki minyak tak rapat, tetapi saya tengok semua ok saja, so saya buat tak tahu dan dia bagi lampu lagi, so saya slow dan ketepi sedikit kereta saya sebab ingat dia nak potong saya, tetapi saya slow dia pun slow di belakang saya...hati mula rasa tak sedap, jalan memang tak ada satu kereta pun sebab jalan itu memang lenggang. bila saya tengok macam itu saya terus syak kereta itu nak buat jahat. terus saya pecut keta dan saya tengok dia ikut saya.
sampai round about saya saja pusing2 2 3 kali kat situ dia pun ikut juga sambil bagi lampu, saya terus pecut dan call suami, suami suruh terus pergi balai polis yang berdekatan, balai yg dekat adalah balai polis bandar seri Putra Bangi, so saya tengok kereta itu ikut juga saya dan saya terus ke balai polis dan parking depan balai dan saya tgk keta itu terus jalan x ikut sama berhenti.
saya masuk balai dan buat repot dengan polis, bila saya cakap nombor keta polis itu tanya kereta Mercedes atau BMW puan? saya cakap antara dua itu saya xleh nak cam sbb tgh takut... pastu polis itu senyum2 seolah2 mmg ada kes keta itu follow keta orang lain...polis itu ckp mmg kat situ kes samun keta mewah byk jadi sbb jalan itu lenggang dan sunyi.
jadi tak digalakkan sangat kalau sorg2 lalu jalan tu sbb jalan tu agak bahaya...dia ckp saya amik tindakan yang bijak sbb terus ke balai polis sbb kalau saya terus balik rumah mbe dia akan target rumah saya juga...
jadi kawan2 perempuan tlg lah hati2 kalau jadi mcm apa yg saya alami hari ini... kalau ada yg mencurigakan terus bwk keta g balai polis. minta polis hantar kita balik supaya org yg jahat itu xkan ikut kita, so kurang2 dia x tahu mana rumah kita... skrg nie mcm2 taktik org jahat nie...
jadi ari nie saya balik dihantar oleh pak cik polis, dia ckp kalau saya berhenti keta dan turun keta td mesti dah kena samun, atau rogol atau bunuh atau culik sbb jalan nilai bukit mahkota itu mmg sunyi sangat2...
buat semua kawan2 sila hati2 ya... ingat... kalau ada apa2 terus bwk keta dan pergi balai polis! ini adalah apa yg jadi pada saya hari ini.