Selasa, 18 Jun 2013

Kemalangan maut ragut 6 nyawa di Taiping

Berita yang mengejutkan diterima awal pagi tadi.

Satu kemalangan maut yang melibat seorang benggali pasir yang memandu dalam keadaan mabuk telah merempuh beberapa orang penunggang motosikal di atas jejantas keretapi Taiping Simpang berhampiran Taman Larut Tin.

Sepasang suami isteri turut terlibat dan isteri meninggal dunia sementara suami kritikal. Lain-lain yang meninggal dunia ialah melayu dan juga benggali.

Waktu ini suasana pilu di bilik mayat sementara menunggu selesainya bedah siasat dijalankan.

Takziah dan alfatihah kepada keluarga mangsa.

Sementara itu Cikgu Taib bekas pegawai PPD LMS juga telah meninggal dunia pagi ini dan jenazahnya akan disembahyangkan di masjid Kamunting dan disemadikan di tanah perkuburan kg Pinang. Beliau uzur kerana mengidap diabetes selepas bersara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. Kepada mederator, sila betulkan ayat anda. bukan benggali tetapi Punjbai.

    Sekian

    BalasPadam