Isnin, 17 Jun 2013
GMI : Bebaskan tahanan ISA secepat mungkin?
Syed bercakap tidak benar, 15 tahanan yang masih berada di kem tahanan Kamunting majoritinya adalah PATI dan beberapa individu yang terlibat dalam gerakan militan JI. Walaupun akta ISA telah di mansuhkan tetapi tidak bermakna tahanan mesti dibebaskan kesemuanya.
Pada hari Ahad lepas mungkin tanpa disedari oleh Syed Ibrahim, seorang tahanan yang berasal dari Johor telah dibebaskan. Proses pembebasan tahanan mengambil masa dan prosidur yang ketat. tidak boleh dibebaskan sewenang-wenangnya.
Dakwaan Syed menyatakan setiap kali keluarga datang untuk melawat mereka ditakutkan oleh polis juga tidak benar.
Perkara yang menyebabkan polis berkawal ialah berpunca daripada pihak GMI sendiri. Kenapa setiap kali keluarga tahanan ingin melawat, mesti diadakan demontrasi di hadapan kem tersebut? Jika pihak pembangkang tidak campur tangan maka tidak ada kawalan oleh polis dan sebagainya.
Kelmarin 16 Jun, Syed ternyata kecewa kerana perhimpunan yang dicadangkan dihadapan kem tersebut tidak mendapat sambutan terutama daripada Pas Taiping dan Pas Larut, Pas Bkt Gantang dan Pas Krian. Malah tidak kelihatan seorang pun ahli Dap atau Pkr yang berada di sana.