Laporan PDRM sudah dibuat di Balai Polis Sg Buloh, Petaling Jaya, Selangor. Waktu: 1815pm. Tarikh 14/019/2012. Merayu kpd tuan punya bengkel pun sudah secara baik, kereta Mercedes Benz dan duit tunai RM10,000 diserahkan kpd tuan punya bengkel pada awal tahun 2010 sehingga sekarang Mercedes Benz tidak siap malah Benz tidak ada lagi di bengkel dan duit pun tidak juga di kembalikan.
Mungkin orang ramai beranggap saya BODOH tapi saya bersebab
- Dia ada ramai kawan didalam Polis, JPJ, Puspakom, dan Pihak berkuasa tempatan
- Dia juga ada gangster yg menjaga dia dan bengkel dia seperti gang tarik kereta, gang tow truck, gangster kampung, Pakeda semua ini pengakuan dia utk menakut-nakut pelanggan
- Dia juga ada isteri yg tidak berdaftar yg disimpan di Damansara Damai berkerja di JPJ Klang.
- Kereta yg hendak ditarik oleh pihak bank akan disimpan di bengkel tuan punya dan alat ganti kereta akan ambil/curi dari kereta tersebut.
Semua informasi saya perolehi dpd dia sendiri, saya nampak dan saya terdengar perbualan dia dlm phone dan ada juga terdengar perbualan dia. Pada hari pertama saya menghantar kereta Mercedes Benz hinggalah saya membuat laporan polis hampir 3tahun tiap2 hari saya ke bengkel tersebut.
Sayangnya kereta Mercedes Benz itu ialah hak milik arwah isteri saya yg meninggal dunia akibat sakit cancer saya ingin menyiapkanya kerana satu satunya kenangan saya kpd arwah.
Tujuan asal menghantar Mercedes Benz ke bengkel tersebut kerana nak mencantikan luar dan dalam termasuk tukar enjin kereta tersebut dan disimpan sebagai satu satunya collector’s item untuk mengingatkan arwah kpd diri saya dan anak2 saya 2).
Murah dan katanya pakar kereta continental ini ialah marketing gimmick bengkel itu 3). kerana dia orang melayu
Saya merayu pada kawan kawan berjaga jaga lah jangan tersalah hantar ke bengkel bengkel seperti tersebut. Dan juga saya minta pendapat macam mana saya dapat mengatasi perkara tersebut