Isnin, 17 Jun 2013

UiTM Hak Istimewa Orang Melayu, PPB, Suaram Tak Ada Hak Untuk Kacau Daun



Kenyataan Pengarah Eksekutif SUARAM, Dr Kua Kia Soong berkenaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang di katakan bercanggah dengan piagam PBB. Polisi UiTM memang sudah menjadi kebencian masyarakat cina kerana hanya 5% sahaja masyarakat bukan bumiputra di benarkan menyertai universiti itu berbanding orang Melayu/Bumiputra. Beliau mengatakan polisi UiTM menambahkan lagi keluasan jurang perkauman dan meminta supaya UiTM atau pun polisinya dihapuskan.

Kenapa beliau tidak membuat kenyataan supaya sekolah Vernakuler juga di hapuskan, pada saya dengan adanya sekolah Vernakuler lah yang akan lebeh menyumbang kepada keluasan jurang perkauman di antara masyarakat negara ini yang terdiri dari berbagai kaum, kerana untuk merapatkan jurang perkauman harus bermula dari pergaulan dari sekolah rendah lagi.

Tapi pada beliau yang keturunan Cina kita sudah tahu isi hatinya, yang saya hairan Melayu-melayu pembangkang dan yang lagi teruk adalah melayu-melayu yang terdiri dari bekas pelajar UiTM dan pensyarah-pensyarah yang menyokong parti-parti dalam pakatan pembangkang. Adakah mereka lupa mereka telah mendapat pendidikan dari Univesiti itu, adakah mereka lupa yang 200,000 orang pelajar Melayu/Bumiputra di bawah perjuang untuk membantu bangsa mereka? Saya sangat hairan dengan semangat mereka sebagai orang Melayu.....