Isnin, 17 Jun 2013

Takziah kepada keluarga Osman Noh

Ustaz Osman Noh , pesara Kagat , Imam kedua Masjid Kampung Expo dan penceramah agama yang pro Pas telah kehilangan isteri tercinta awal pagi tadi. Difahamkan isteri beliau terjatuh dalam bilik air sewaktu hendak menunaikan solat tahajud.

Isteri beliau merupakan seorang guru berusia 48 tahun dan bertugas di sebuah sekolah menengah di bandar Taiping.

Marilah kita mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

أعظم الله أجرك وأحسن عزائك وغفر لميتك
“Semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara Osman Noh dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati”