Rabu, 12 Jun 2013

Oik65's vs Sakmongkol


MITOS SAKMONGKOL DIJAWAB!

Selepas PRU13 pada 5 Mei lalu, memang banyak maklumat-maklumat yang tidak betul dan terpesong dikeluarkan oleh mereka-mereka yang menggelar dirinya 'penganalisa'. Ini tidak terkecuali dari Ahli Parlimen Melayu DAP yang baru dari Raub, Mohd Ariff Sabri @blogger Sakmongkol yang memutar belit dalam tulisannya Mitos Kejayaan UMNO.

Di dalam tulisan beliau penuh dengan logik yang tidak masuk akal dan pembohongan yang terang-terangan. Malahan setiap angka yang diwujudkan adalah rekaan semata-mata.

Beginikah rupanya menganalisa mencipta angka mereka sendiri?

Kita akan semak sebahagian daripada pembohongan beliau seperti yang telah didedahkan oleh blogger Oik65's


Antaranya;


Sakmongkol:
Dalam tahun 2008, Umno telah mendapat 2 juta undi orang melayu. Ketika itu jumlah pengundi melayu ialah 5.7 juta. Lebih ramai orang melayu sejak 2008 sudah pun menolak Umno. Erti nya, ketika itu Umno hanya memperolehi 35% dari undi orang melayu.


Oik65's:

Samada Sakmongkol menipu atau memang bodoh. Adakah 5.7 juta Melayu tinggal di kesemua kerusi di mana UMNO bertanding?


UMNO peroleh 0 undi, contohnya di Pandan, kerana Pandan adalah calon MCA. Adakah ini bermakna di parlimen itu tidak ada penyokong UMNO di sana? Untuk pembandingan yang lebih tepat, jumlahnya tidak termasuk kerusi yang UMNO tidak tanding.




Sakmongkol:
Sekali lagi buatlah perhitungan. Jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta. UMNO hanya dapat 2.7 juta pengundi Melayu. Ertinya, 5 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO dalam PRU13.


Oik65's:
Sekali lagi, hanya lebih kurang 6 juta Melayu mengundi. UMNO hanya bertanding di 120 kerusi daripada 222 kerusi sahaja. Oleh itu, mustahil untuk kebanyakan undi Melayu untuk UMNO walaupun berkemungkinan mereka akan mengundi UMNO. MCA hanya mendapat899,420, MIC 291,814 dan Gerakan 153,081.... seterusnya di SINI


Seterusnya bandingkan pula dengan perincian analisa dan maklumat yang menunjukkan peratus undi Melayu di Semenanjung Malaysia yang berpihak kepada BN ialah sebanyak 63.3%, undi Cina 10.8% dan undi India ialah 43.2%. Butiran untuk negeri-negeri dan wilayah adalah seperti berikut;



Pengundian Mengikut Kaum

Sokongan padu kaum Melayu kepada BN di aras 63.3% dengan Johor mencatat sokongan yang paling tinggi dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7 %. Di Kelantan sekalipun ada sedikit peningkatan undi berbanding PRU 12 dan fenomena ini mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana. Sebagai perbandingan, dalam ramalan kita telah mengagak sokong Melayu untuk BN di semenanjung pada kadar 61%.

Undi dari kaum Cina, malangnya untuk BN telah jatuh di luar jangkaan sama sekali, ke paras 10.8%. Dalam ramalan model kita telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.

Keadaan undi Cina yang lebih buruk daripada jangkaan mungkin disebabkan kesan kempen DAP disa’at sa’at akhir. Kaum Cina begitu yakin yang mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang diterajui DAP. Dengan itu DAP telah berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, tetapi kali ini hanya sebagai peneraju di sebelah pembangkang.

Penyokong PAS pula hanya mampu bersembahyang hajat, tetapi Allah tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam.

Sebaliknya, undi dari kaum India telah meningkat. Jika dalam PRU 12, hanya 10% sahaja pengundi kaum India yang mengundi BN, kini ia telah meningkat ke paras 43.2%. Sebenarnya penentangan ekstrem dari kaum India masih wujud di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja . Di negeri negeri lain sokongan mereka meningkat hingga ke paras 59.1% di Johor dan 68.5% di Perak. Nampaknya kaum India semakin yakin yang masa depan mereka hanyalah bersama Barisan Nasional. Setinggi tahniah kepada PM Najib kerana sungguh berjaya memulihkan sokongan dari kaum India.
Kekurangan kerusi Parlimen BN sebenar disebabkan oleh ketiadaan sokongan dari kaum Cina. Kekalahan di Selangor pula di sebab kan ketiadaan sokongan dari kaum Cina dan kurangnya sokongan dari kaum India.

Kekalahan BN di Kelantan pula disebabkan sokongan kaum Melayu kepada parti PAS masih kukuh sungguhpun BN telah berjaya meningkat kan peratusan undi yang diperolehi.

Komposisi Ahli Parlimen mengikut Parti dan Kaum




Jadual di atas menunjukkan terdapat seramai 122 Ahli Parlimen Melayu/Bumiputera dari Barisan Nasional dan hanya 41 orang Melayu/Bumiputera dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pula didominasi oleh bukan Bumiputera 48 kerusi termasuk 39 kerusi dari kaum Cina.

Angka di atas menunjukkan ada seramai 163 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 141 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen.

Oleh itu isu hukum hudud yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Parti Pas kena kaji semula arithmetic ini dan strategi ini.

Kredibiliti blogger Sakmongkol juga dipertikai di blog Hidup Tuah dan antara penerangannya ialah;

Jum 3.2 juta undi yang Umno dapat itu (jika benar) adalah merujuk kepada 120 parlimen yang Umno bertanding (atau merujuk di 88 parlimen yang Umno menang?) Sedangkan ahli Umno berselerak di 191 parlimen. Undi dari ahli Umno ini dia tak kira sebab Umno tidak bertanding di 71 parlimen lain (191 -120 = 71).

Angka tidak akan menipu kita tetapi Sakmongkol cuba menipu kita dengan memutar belit dengan angka yang direkaciptanya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan