Langkau ke kandungan utama

UMNO Muncul Parti Terkuat, Menyamai Pencapaian Gabungan Tiga Parti Pembangkang



KUALA LUMPUR 31 Mei – UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berdasarkan kepada peningkatan bilangan kerusi yang dimenangi berbanding pilihan raya umum yang lalu.

Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata prestasi UMNO bertambah jika dibandingkan dengan PRU sebelum ini iaitu bilangan kerusi meningkat daripada 79 kepada 88 kerusi.

“UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat dalam pilihan raya umum ke-13. Prestasi UMNO bertambah jika dibandingkan dengan PRU sebelum ini iaitu bilangan kerusi meningkat daripada 79 kepada 88.

“Jika kita bandingkan dengan pembangkang mereka mempunyai keseluruhannya 89 bererti bahawa UMNO sebagai parti tunggal boleh menyamai parti-parti pembangkang yang terdiri daripada tiga buah parti.

“Kita juga ambil kira bahawa kejayaan kita untuk menang di dua buah negeri yang dulu kita kalah iaitu Kedah dan Perak. Dan undi yang diperolehi UMNO juga bertambah lebih kurang 30 peratus peningkatan berbanding PRU lalu walapun sukar bagi kita untuk menentukan secara tepat sebab kebanyakan kawasan itu bercampur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya memberitahu UMNO perlu terus berjuang dan melakukan usaha-usaha ke arah pemantapan dan kekuatan parti terbabit.

“Sehubungan ini Majlis Tertinggi telah menerima cadangan daripada jawatankuasa pengurusan parti yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana kita perlu mewujudkan, mengkaji semula pentadbiran ibu pejabat dan seterusnya mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa yang melibatkan bidang-bidang seperti penyelidikan dan latihan, media sosial, penerangan dan sebagainya.

“Kita akan susun semula sesuai dengan keperluan kita untuk mewujudkan tenaga profesional, tenaga sepenuh masa dan tenaga yang dedikasi untuk tugas-tugas yang perlu diberi tumpuan supaya mesej UMNO dan segala keputusan dan pengarahan Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan lebih berkesan lagi,” katanya.

Beliau turut memberitahu, sebanyak 99 kes aduan sabotaj parti telah diterima oleh Sekretariat Lembaga Disiplin yang berlaku sepanjang berlangsungnya PRU ke-13 yang lalu selain 192 ahli UMNO bertanding sebagai calon bebas dan sertai parti pembangkang.

Ulasan

  1. UMNO Muncul Parti Terkuat, Menyamai Pencapaian Gabungan Tiga Parti Pembangkang???????? Apa ertinya kalau menang dalam kekalahan????? Pemimpin UMNO dari pucuk hingga ke akar umbi kena fikir tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa maksud awak menang dlm kekalahan??? menang tu maksudnya menang mutlak lah wei..

      Padam
    2. Yang dia maksudkan pada pendapat aku ialah PAS dengan PKR, semua kerusi depa menang dengan undi China haprak... itulah yang dia katakan menang dalam kekalahan...he he
      Dia nak berkias-kias tetapi jadi kas-kas.....

      Padam
    3. Menang tu menang lah Ngong

      Padam
  2. cakap -cakap macam ni yg buat parti angota BN yg lain panas hati, Najib kena kurangkan cakap perkara spt ini walaupun utk menyedapkan hati tapi buruk implikasi nya sesama angota BN.

    BalasPadam
  3. Menang dalam kekalahan?
    Siapa yang menang dalam kekalahan?

    BalasPadam
  4. Jgn cepat selesa. Byk tempat majoriti kecik ja.

    BalasPadam
  5. a muslim party survive because of muslims vote,an islam party survive because of non-muslims vote...adakah ini petunjuk dr Allah?

    BalasPadam
  6. ya...betul tu.....PARTI PALING KUAT MENIPU RKYAT........

    BalasPadam
  7. UMNO dh jadi parti trkuat... tapi kat Perak masih kritikal.. sbb tu la nk ajak Pas brsatu.. kesian UMNO..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…