Rabu, 24 Julai 2013

Bilik Salin bukan tandas!

Isu murid-murid makan dalam tandas yang dimainkan oleh pihak pembangkang memakan diri sendiri.

Sekolah-sekolah rendah dan menengah model baru memang dilengkapi dengan bilik salin untuk kegunaan aktiviti kokurikulum.

Bilik Salin biasanya berada di lokasi berhampiran dengan padang dan kantin sekolah.

Manakala tandas biasanya jauh daripada bilik salin.

Dalam bilik salin hanya ada sinki dan bilik mandi atau shower closet. Dua pintu keluar masuk dan beberapa palam elektrik.

Kebanyakan sekolah jarang menggunakan bilik salin secara total, banyak yang menjadikan sebagai stor sahaja dan sedikit yang menjadikan bilik ini benar-benar bilik salin untuk pelajar-pelajar bertukar pakaian untuk sukan dan PJK.

TM mengucapkan tahniah kepada Guru Besar sekolah tersebut yang menggunakan bilik tersebut sebagai tempat makan dan tempat murid-murid membuat ujian dan sebagainya.

Bilik salin sekolah tersebut patut di beri markah tinggi dari segi keceriaan sekolah. Jarang sangat sekolah lain berbuat demikian.

Oleh itu marilah kita lihat bilik salin sekolah lain yang sama dengannya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bukantempatkotorlah_/Article

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6 ulasan:

  1. Yang peliknya Timbalan Menteri pun beremosi tenguk kaum INdia dilayan macam ni, pastu cakap keluar arahan yang bodoh dan mengelirukan, sepatutnya tenguk keadaan macam mana baru lah komen dan buat tindakan.Menang pun dari undi melayu cakap banyak.

    BalasPadam
  2. Aku berasa diorang tak anggap isu ni makan diri pun.

    Malah teruskan menuntut sekolah dan pengetua dihukum, penjelasan diorang tak mahu terima.

    Salah satu sebabnya timbalan menteri dari BN sendiri yang beriya-iya salahkan pengetua dan sekolah.

    Sekolah apa lagi terpaksalah layan dan berusaha damage control, melainkan kalau menteri atas orang berkenaan tu nak tolong.

    Lagi pun ada pihak sengaja nak tambah isu mengapi-apikan orang, tak cukup hal murid makan tempat tu, lepas ni mereka akan timbulkan isu kantin tutup masa ramadanlah, murid bukan muslim tak boleh makan depan orang Islamlah, percayalah.

    BalasPadam
  3. Depa saja nak counter kes budak Cina Alvavi tu..
    To get even..kata omputeh..

    Jadi bolehle dia brhujah..

    BalasPadam
  4. SEbenarnya tuduhan dan blogger berkenaan berniat jahat berbaur politik pembangkang...Takbirrrr !

    BalasPadam
  5. dh lbih kurang mcm kes "tahanan wanita warga China" diarah bogel ketuk ketampi.. rakaman video dr arah blakang.. last skali pecah lobang tahanan tu org Melayu.. yg ni plak didakwa tandas rupenye bilik salin.. kesimpulan: ORG MELAYU JUGAK YG TRKENA & KENA TIPU...

    BalasPadam
  6. Wah...nampaknya isu ni belum selesai lagi, mak bapak yang tak berpuas hati tu cakap guru besar tu tipu, katanya bulan puasa baru makan kat situ, lepas tu siap cakap anak diorang muntah lagi.

    Dalam Malay Mail tak silap aku.

    BalasPadam