Khamis, 11 Julai 2013

PRK KUALA BESUT : FATWA TERBARU HADI AWANG DI KUALA BESUT

Adakah dengan membaca Harakah, mendengar ceramah di YouTube oleh ustaz Mac D dan mendengar kelentong Anwar, Rafizi, Mat Sabu dll boleh menjadikan orang melayu kampung berpengetahuan?

Apakah pengajaran yang boleh dikutip daripada mulut-mulut pemimpin Pas, Dap dan Pkr boleh menjadikan seorang itu berilmu?

Abdul Hadi berkata, ketika masyarakat Cina dan orang Melayu terutama di kawasan bandar memberi sokongan padu kepada Pas dan pakatan pembangkang, orang Melayu di kampung dan tidak berpengetahuan masih memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN).

Nampaknya kerana rakyat kampung yang berpengetahuan dan mendapat pengajaran daripada Pas telah menyebabkan mereka menjadi jumud , menolak kemajuan dan hidup dalam serba kesusahan.

Ini jelas kerana jika kita melawat ke kawasan yang penduduknya menjadi penyokong kuat Pas mereka mundur, miskin, bongkak dan degil.

1 ulasan:

  1. Orang Bandar tu sebab kacang lupakan kulit dan tak pandai berterima kasih.

    Sebahagian orang PAS selalu berkata berterima kasih hanya pada Allah...sesama manusia tak usah berterima kasih

    Mmmm...
    Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Ziad hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man (-al) la yasykurun-nasa la yasykurullah.' [Maksud: Barangsaipapa tidak bersyukur kepada manusia (maka) tidak bersyukur kepada Allah (a.w)] [Hadith at-Termidzi, Kitab Memperbaiki Silaturahim]

    Macam bercanggah aje dengan hadith ni....

    Imam Syafie... berguru lebih dari 1000 guru kerana hanya sebahagian guru memperbetulkan sebahagian guru yang lain. Ini tidaj mustahil sebab guru bukan maksum seperti nabi.

    Yang peliknya ... sebahagian dari puak kita orang melayu ni terlalu taksub dengan satu-satu guru.

    Berfikirlah ... tepuk dada tanya iman.

    ...Sekadar berkongsi ilmu di bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga ia memberi hidayah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.... Bersatulah dengan tali Allah yang betul. Bukalah minda dan elakkan perasaan taksub.

    BalasPadam