"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.
"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."
Hairan juga wakil rakyat tak boleh guna elaun wakil rakyat tetapi boleh buat tuntutan perjalanan ribu-ribu ringgit, pakai mercedes,kahwin dua tiga dan bila bercerai tuntutan mutaah pun juta-juta ringgit.
Azlan merupakan banker kepada Pas kerana Azlan seorang kontraktor kelas A yang mendapat banyak projek kerajaan. Bagaimana pula duit tersebut, tak haram kah?