Langkau ke kandungan utama

Kemelut Filem The New Village

Minggu ini negara dilanda lagi masalah yang boleh membawa ketegangan kaum, selepas isu SK Pristina Sg Buloh, isu Bak Kut Teh oleh Alvavi. Kesemuanya mencabar ketegasan perundangan negara yang dilihat longgar dan tunduk kepada desakan sesuatu pihak.

Sebelum Tanda Putra dan New Village, rakyat terutama orang Melayu membantah filem yang dikeluarkan oleh seorang remaja cina yang menerbitkan filem Nasi Lemak. Penerbit Namewee juga dianggap biadab kerana banyak menghasilkan video klip yang kurang ajar dan mencemuh jabatan kerajaan, TNB dan paling berani apabila dia mempersendakan lagi Negaraku.

Dalam isu New Village, menteri KDN telah bertindak cepat dengan menangguh kan penayangannya buat sementara untuk penilaian kali kedua.
Laporan lengkap penelitian semula Lembaga Penapisan Filem (LPF) terhadap filem The New Village akan dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu ini.
Pengerusi LPF Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata dua panel ditubuhkan yang masing-masing berperanan untuk mencari apa yang didakwa mengandungi unsur memperjuangkan komunis dan mencari agenda tersembunyi daripada segi jalan cerita, perkara-perkara tertentu di sebalik filem itu.
"Panel LPF sentiasa melihat dari sudut garis panduan yang ditetapkan untuk sesebuah filem dan kita akan melihat semula objektif filem itu. Panel yang ditubuhkan akan menonton semula filem itu.
"Malah, pagi tadi telah berjumpa dengan Astro Shaw (penerbit filem) dan mereka telah serah filem tersebut kepada kami untuk penelitian semula," katanya kepada Bernama hari ini.
Filem itu mengundang kontroversi umum di Internet apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tayangan filem itu yang dijadualkan pada 22 Ogos di tangguhkan bagi membolehkan LPF meneliti semula kandungannya termasuk keperluan menapis semula daripada segi plot cerita dan mesejnya.
Raja Azhar berkata jika laporan penelitian semula telah diserahkan kepada KDN, keputusan penayangan terletak pada bidang kuasa kementerian itu.
"LPF hanya berperanan untuk meletakkan garis panduan yang sesuai dan bukannya penentu sesebuah filem itu boleh di tayang atau sebaliknya," katanya.
Ditanya mengapa pada peringkat awal LPF meluluskan filem itu untuk ditayangkan, beliau memberitahu bagi LPF, filem itu telah mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan.
"Dari segi garis panduan, filem itu dilepaskan kerana ia melepasi semua garis panduan kita seperti bebas dari isu ketenteraman awam, keselamatan, keagamaan dan hubungan kaum.
"Kita juga teliti setiap dialog. Malah dari segi isu-isu keganasan keterlaluan pun tiada malahan bersih. Begitu juga tiada dialog yang menyinggung perasaan kaum," katanya.
Raja Azhar menjelaskan kontroversi yang timbul ketika ini 'di luar garis panduan LPF' contohnya objektif filem dan tujuan filem diterbitkan, dan LPF perlu meneliti semula kandungan keseluruhan film tersebut.
"Sebagai sebuah cerita, filem ini memang tiada isu ... tetapi jika ada di sebalik cerita sama ada memperjuangkan komunis atau tidak, itu yang kita akan double check. Dalam konteks filem hiburan, ia lepas. Kalau wujud isu perkauman, kita memang sudah potong," katanya.
Raja Azhar turut menasihatkan mereka yang mengkritik tanpa usul periksa ketika ini supaya menonton keseluruhan filem dan bukannya treler sahaja yang langsung tidak menggambarkan keseluruhannya.
Menurutnya filem tersebut berkisar pada pencintaan seorang gadis kampung dengan anggota komunis yang dipisahkan dengan kawat berduri selain memaparkan ketentaraman awam dikawal sepenuhnya pasukan keselamatan.
Raja Azhar turut ditanya kenapa filem itu akan ditayangkan terlebih dahulu berbanding filem 'Tanda Putera' yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei.
Beliau berkata keputusan menayangkan mana-mana filem terletak pada bidang kuasa pengeluar dan penerbit filem itu sendiri dan bukannya di bawah LPF.
"Ini strategi pemasaran dan perniagaan mereka, sama ada hendak tayang dahulu atau kemudian. Tugas kita hanya membuat penapisan dan menguruskan filem itu," katanya.
Sementara itu, wakil penerbit filem itu, Astro Shaw dan Yellow Pictures satu kenyataan menjelaskan bahawa filem The New Village merupakan sebuah filem period berbahasa Mandarin yang mengisahkan percintaan terlarang.
Menurut Astro Shaw, filem itu telah melalui pelbagai proses termasuk di fasa Lembaga Penapisan Filem dan telah diberikan klasifikasi P13 tanpa potongan pada September 2012.
Buat masa ini, filem tersebut sedang melalui penelitian kedua oleh LPF.

Dalam hal ini Lembaga Penapis Filem perlu peka dan sensitif dan jangan lah bergantung kepada garis panduan sahaja.

Nilai-nilai yang ada dalam setiap jalan cerita perlu dihalusi. Kita bukan berada dalam zaman P.Ramlee, seorang pengarah yang bertanggung jawab dalam setiap dialog dan plot, lakonan pun bersahaja, tidak membawa mesej perkauman dan jauh sekali untuk menyindir pihak-pihak lain.


Ulasan

  1. kena tukar LPF ni, semua sekali sebab kebodohan terlampau

    BalasPadam
  2. Apa nak jadi dgn Melayu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…