Penulis rencana 'Pahit-Pahit Kopi' oleh Azman Anuar yang berjudul 'Pasukan propaganda UMNO perlu diperkuatkan dalam Utusan muka 10 hari ini bersamaan 2 Julai 2013 dirujuk.
TM bersetuju dengan kenyataan bahawa tuduhan dan fitnah pembangkang tidak dijawab dengan jawapan kurang padat, kurang tepat dan kurang jelas.
Ia berpunca kerana mereka blogger kekurangan peluru untuk menembak. Ambil contoh isu NCR di Sarawak.
Berapa kerat pasukan propaganda yang dapat menulis dan menjawab tuduhan pembangkang dengan tepat.
Nak harap jabatan tanah dan galian menjawab?
Sampai tumbuh rumput atas pokok pun mereka tak akan jawab. Nak harap blogger?
Berapa kerat yang tahu dan faham akta NCR yang dibuat oleh Rajah Brooke?
Pada akhir penulis Anuar ada menyebut supaya gunakan sepenuhnya pegawai penerangan Umno di peringkat cawangan , ketua penerangan, ketua pemuda, ketua penerangan wanita dan sebagainya.
Dari pengalaman TM kebanyakan mereka yang berjawatan dalam Umno cawangan, Bahagian teramat sedikit yang ada ilmu dalam penulisan, mahir, berkeupayaan dan sanggup bersengkang mata menulis dan sanggup menulis.
Ramai yang hanya pandai berbahas dan bercakap tetapi menulis tiada. Samada tak cukup masa atau kurang berminat dan kurang bahan untuk menulis.
Umno Perak pernah membangunkan 24 laman web untuk bahagian tetapi semua mati kerana tidak dikemas kini oleh pihak yang dipertanggungjawab oleh Umno Bahagian.
Kini usaha untuk mencari penulis sedang giat dijalankan dan syaratnya ialah mereka yang muda dan berijazah. Maknanya jika ada penggiat media yang sudah masuk usia veteran mereka tidak berpeluang untuk memohon jawatan tersebut.
Tahniah kerana baru sedar akan peranan propaganda abad ini yang lebih kepada alam maya.
Cumanya jangan gagal seperti, Jasa, Kemas dan lain-lain yang terdapat segelintir pegawai yang menggunakan jawatan dan jabatan untuk mempromosikan diri supaya dicalonkan sebagai wakil rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.