Selasa, 2 Julai 2013

Papa Gomo ganti tempat Tun Faisal terajui UMB

2013 merupakan tahun penting buat Umno. Selain pilihan raya Ke 13 yang menjadi perkara utama, agenda kedua besar ialah pemilihan Umno semua peringkat yang akan bermula pertengahan bulan ini.

Ramai Ketua bahagia, ketua cawangan akan bertukar kepimpinannya. Yang menarik ialah sayap kiri dan kanan Umno seperti Pemuda, Putera, Puteri dan Wanita.

Putera, pemuda dan puteri akan menyaksikan perubahan besar, ini kerana had umur untuk berada dalam Pemuda,Putera dan Puteri akan berakhir apabila melepasi 40 tahun

Dalam Pemuda KJ nampaknya masih ada ruang itu pun merupakan penggal akhir buat beliau. Timbalan Pemuda terpaksa bye bye kerana faktor usia.

Begitu juga Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno iaitu Tun Faisal Ismail akan berakhir tugasnya kerana faktor usia.

Siapa lagi yang layak mengambil alih tempat beliau?

Jawapan TM dan Tun Faisal juga mungkin setuju jika TM mencadangkan kepada Pemuda Umno Malaysia supaya melantik Papa Gomo sebagai pengganti Tun Faisal untuk menerajui UMB Pemuda Umno Malaysia.

Sekian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.