Langkau ke kandungan utama

Malaysia Wajib Perang Habis-Habisan Syiah Malaysia Berlandaskan Undang-Undang

Pemimpin Pkr juga terlibat

Program Berbuka Puasa Penulis Maya Wilayah Persekutuan yang berlangsung semalam turut menampilkan Ustaz Dr Fathul Bahri sebagai ahli panel. Beliau menyentuh, antara lain, berkenaan ancaman Syiah yang semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Seperti yang kita tahu, pergerakan Syiah bukan sesuatu yang baru di negara ini, namun selama ini ia bersifat ‘dormant’ dan tidak dianggap sebagai ancaman besar. 

Sehingga penghujung tahun 90an juga, masih tidak ramai rakyat Malaysia yang mengambil pusing berkenaannya. 

Anak-anak muda pada waktu itu pula kebanyakannya langsung tidak tahu mengenainya. Yang peka mengenai kewujudan Syiah mungkin hanya di kalangan mereka yang belajar di negara-negara timur tengah dan juga pelajar-pelajar jurusan agama sahaja.

Fahaman Syiah terbahagi kepada beberapa mazhab antaranya Zaidiyyah, Rafidhah, Kaisaaniyyah, Ismaiiliyyah, al-Ghulat, dan Allawiyyah juga dianggap sebahagian dari Syiah.

Ada yang berkata bahawa bukan semua Syiah itu sesat tetapi secara umumnya, fahamannya menjurus kepada mendewakan Imam Ali dan mencaci maki sahabat Rasulullah SAW termasuk isteri baginda Saiyidatina Aisyah. 

Syiah juga menganggap AlQuran sebagai tidak asli serta beberapa ajaran termasuk solat mereka juga, berbeza dengan Ahli Sunnah. Malah, Syiah juga menghalalkan zina hatta menggalakkannya dengan berlindung di sebalik istilah ‘nikah muta’ah’.

Syiah pada dasarnya memusuhi Ahli Sunnah dan menganggap Ahli Sunnah sebagai kafir. Di Syria hari ini, dunia bagai terpinga-pinga menyaksikan bagaimana puak Syiah menyembelih, menyincang, menyiksa, merogol dan membunuh Ahli Sunnah termasuk anak kecil, tanpa belas kasihan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa dalam banyak kes, kekejaman mereka hampir mengatasi kekejaman Zionis.

Sebenarnya, Al-Quran ada menyebut tentang kumpulan yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT dan berbohong berkenaan Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat baginda seperti Syiah.

Kemuncaknya, ketika kematian Imam Besar Syiah iaitu Khomeini, mayatnya terjatuh dan kain kapannya terselak dalam keadaan mengaibkan. Maka benarlah peringatan Allah SWT mengenai kesesatan mereka-mereka ini.

Apa yang membimbangkan, kumpulan ini yang dulunya pasif dan ‘dormant’ sudah mula menonjolkan diri di negara ini. 

Walaupun ia dikatakan masih ‘kecil’ tetapi jelas ia sedang merebak dengan pantas dan berani. Menyedari ancaman ini, kerajaan Negeri Kedah merupakan yang pertama mewartakan ajaran Syiah sebagai haram.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi juga telah mengisytiharkan Syiah sebagai menyalahi undang-undang.

Namun, berdasarkan sejarah dan pengalaman, membendung ajaran sesat bukanlah sesuatu yang mudah dan seringkali, undang-undang sahaja tidak mampu menghapuskannya.

Justeru itu, Ustaz Fathul Bahri menyarankan agar sukatan mata pelajaran agama diperluas bagi membuka mata anak-anak muda berkenaan kewujudan dan kesesatan Syiah. Maksudnya, penjelasan mengenai mazhab-mazhab perlu dikupas dengan lebih terperinci dengan dibuka kepada perbincangan sambil merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.

Ini bukan sahaja akan memberi pengetahuan tambahan tetapi juga mampu menggasak minda anak-anak muda terutama yang berminat untuk mendalami bidang agama agar lebih kritis, peka serta tidak mudah percaya, di perdaya atau dipengaruhi dengan ajaran yang bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah.

Saranan Fathul Bahri sememangnya sesuatu yang baik dan tepat. Oleh itu, pihak-pihak yang bertanggung jawab harus mengambil perhatian dan memikul tanggung jawab untuk merealisasikan peningkatan dalam sukatan mata pelajaran agama di peringkat menengah dan universiti dengan secepat mungkin.

Janganlah ada mana-mana pihak, terutama pihak berkuasa dalam hal-ehwal agama, untuk dengan sengaja melengah-lengahkan dan mengambil ringan ancaman Syiah. 

Jangan sekadar mengharap kan pihak polis mengekangnya tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan dengan cara mendidik rakyat agar berpegang teguh kepada asas Islam.

Dengan cara ini, mereka akan lebih pantas menyedari serta menolak apa saja yang bertentangan dengannya.-AAKJ

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…