Jumaat, 26 Julai 2013

ISU SK PRISTINA BERLANJUTAN LAGI

Nampaknya isu SK Pristina Sungai Buloh masih hangat, malam tadi sewaktu berita jam 12 tengah malam Taipingmali melihat bagaimana garangnya ibubapa menyerang Ahli Parlimen Hulu Selangor merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia dengan gaya dan dan reaksi kurang sopan.

Kemuncaknya ialah Guru Besar sekolah tersebut menerima ancaman bunuh. Pagi tadi dalam akhbar The Sun seorang penulis akhbar tersebut dengan lantang mengkritik tindakan guru besar tersebut dan menuduh beliau bersalah dan wajar dikenakan hukuman.

Pihak kementerian sebelum ini pernah mencadangkan agar Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa penuh dalam pentadbiran mereka. Taipingmali merasakan guru besar tersebut telah menjalankan tugas dengan cukup baik. Lihat sahajalah bagaimana bilik tersebut dijaga baik sehingga dindingnya kelihatan kilat dan bersinar-sinar.

Jadi adalah tidak wajar sama sekali jika pihak kementerian tidak membela atau menyokong guru besar tersebut.

SATU PERSOALAN: DI MANA PERGINYA SENATOR WARTHAYA MORTHY YANG DILANTIK OLEH NAJIB DALAM MENANGANI ISU INI?

Jom sokong Guru Besar En Mohamad Mohamad Nor FAN PAGE