Jumaat, 19 Julai 2013

Nora Danish disalah erti kongsi gambar solat Tarawih


Ini pula jawapan yang diberikan oleh Nora sendiri
17 Jul - Tindakan pelakon Nora Danish memuat naik gambarnya menunaikan solat sunat Tarawih baru-baru ini menyebabkan ada segelintir individu telah memberi respons negatif dan menyifatkannya sebagai suka menunjuk.

"Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya nak menunjuk tetapi memang saya suka berkongsi macam-macam gambar dengan peminat," kata Nora kepada Sinar Harian.

Jelas pelakon kacukan Melayu-Myanmar yang berusia 31 tahun ini, tidak ada salahnya untuk dia berkongsi perkara yang baik kerana mungkin para peminat yang tidak pernah sembahyang Tarawih akan cuba untuk bertarawih selepas melihat gambarnya.

Biasa lah wahai Puan Nora, semua tohmahan tersebut perkara biasa dan ini kerana puan tidak menjadi ahli Pas. Pujian berbakul-bakul sekiranya Nora mengisi borang untuk menjadi ahli Pas atau Pkr.