Jumaat, 19 Julai 2013

Dakwat kekal, Rafizi meroyan lagi.

Pada 16Julai 2013, Rafizi selaku MP Pandan telah melakukan pendedahan secara rasmi berkenaan butiran pembekalan dakwat kekal kepada SPR bagi kegunaan pada PRU13 yang lalu di Dewan Rakyat.

Pihak SPR masih belum mengesahkan pendedahan tersebut yang begitu terperinci dan menjurus ke arah dakwaan rasuah dan salah laku.

Butir-butir yang didedahkan ialah nama pembekal iaitu Mohd Salleh Md Ali dengan nombor pendaftaran MyKad 671112-66-5021 adalah seorang yang berasal dari Singapura.

Beliau juga mendedahkan bahawa Mohd Salleh Md Ali merupakan seorang 'pakar rundingan terus' yang mempunyai hubungan rapat dengan Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Rafizi turut menekankan seolah-olah berlaku manipulasi di dalam proses rundingan terus apabila tiga syarikat yang didakwanya terlibat di dalam 'bidaan' tersebut dikuasai oleh Mohd Salleh Md Ali.

Walau bagaimana pun beliau hanya memberikan satu sahaja nama syarikat merujuk dakwaan beliau iaitu Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

Akibat daripada pendedahan tersebut syarikat tersebut telah diserbu oleh wartawan untuk mendapatkan maklumat.

Jika benar dakwaan Rafizi berjaya mendedahkan nama syarikat yang perlu dilindungi kerahsiaannya, maka Rafiz harus didakwa kerana berjaya mendapatkan maklumat yang teramat sulit tersebut. Sudah tentu Rafizi membuat ganjaran yang tinggi sehingga ada pihak dalaman SPR yang berani membocorkan maklumat tersebut.

2008 penggunaan dakwat telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu dan difahamkan pihak pembangkang berjaya mendapatkan maklumat pembekal tersebut dan dikatakan pembangkang turut memiliki dakwat yang sama untuk mensabotaj SPR.

Khalayak sedia maklum bahawa pembangkang bersungguh-sungguh mahukan penggunaan dakwat dan mereka menolak sistem biometrik yang ternyata lebih baik daripada dakwat.

Kemungkinan kedua ialah Rafizi mungkin telah berjaya mengesan pengeluar dakwat tersebut kerana Rafiz bolehlah diibaratkan 'spy mat bond' yang bijak dalam penyiasatan. Apa sahaja dalam dunia ini mereka boleh kesan dan boleh mendapatkan maklumat dengan mudah Mungkin juga Rafizi telah memberi ganjaran besar kepada semua syarikat pembuat dakwat di seluruh pelusuk benua.

Kita tahu syarikat yang membuat pewarna makanan, pembuat dakwat pen, dakwat percetakan komputer dan sebagainya adalah syarikat besar, maka senang lah mereka dihubungi, dunia hari ini nak apa pun google sahaja, tak payah nak buka buku encyclopedia lagi seperti tahun-tahun sebelum 90an.

Oleh yang demikian, SPR disarankan menghentikan penggunaan dakwat ini kerana ia menjatuhkan darjat sebuah negara maju seperti Malaysia yang terpaksa undur 50 tahun ke belakang seperti setengah negara di kelas ke tiga di benua Afrika dan lain-lain.

Cukup lah sekali, lagi pun desakan untuk penggunaan dakwat adalah datangnya dari pembangkang yang bodoh macam lembu.