Langkau ke kandungan utama

PAS DAN IKHWANUL MUSLIMIN SEMAKIN DITOLAK RAKYAT

Ikhwanul Muslimin atau Brotherhood of Islam di bawah Muhamad Morsi telah ditolak oleh rakyat Mesir setelah mereka sedar akan kesilapan dan propaganda doktrin Syed Qutub dan Hasan Al Bana.

Pas Malaysia adalah sekutu Ikhwanul Muslimin adalah penyokong kuat gerakan menumbangkan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang terdahulu.

Kini apa yang berlaku di Mesir telah disedari oleh rakyat Malaysia terutama mereka yang mengundi dan menyokong Pakatan Pembangkang dalam PRU 12 pada tahun 2008 lalu.

Setelah menyedari siapa Pas yang sebenarnya, kini rakyat Malaysia mula menolak agenda politik Pas yang mirip kepada Syiah, Khawarij, Pro barat dan Pro Yahudi.

Oleh kerana rasa tertekan, Pas mengajak  rakyat Malaysia turun ke jalan raya bagi membantah rampasan kuasa di Mesir.

Kenapa perlu membantah, sedangkan sebelum ini Pas menyokong rampasan kuasa yang dianjurkan oleh sekutu mereka di sana?

Pelik bin  Ajaib dengan sikap Pas Malaysia, dahulu sokong rampasan kuasa, kini membantah pula....

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Himpunan Solidariti Ummat bersama Rakyat Mesir mengutuk rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Mohammad Morsi 26 Julai ini.
“Himpunan ini dianjurkan bersama antara DPPM, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa,” ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.

Himpunan itu, katanya akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di lokasi berhampiran.
Kenyatan beliau seterusnya.
Himpunan Solidariti ini akan dipimpin oleh Ustaz Nasrudin Hassan – Ketua DPPM, Ustaz Nik Mohamad Abduh (timbalan), Dr Raja Ahamd Al Hiss (naib) dan lain-lain lagi. Selain mereka, turut akan hadir adalah pemimpin-pemimpin tertinggi NGO.
Himpunan ini bertujuan menyatakan sokongan terhadap Presiden Mesir yang sah Dr Mohammad Morsi yang digulingkan secara kudeta oleh tentera negara tersebut.

Ia juga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan biadap tenter Mesir melakukan rampasan kuasa dengan bertindak kasar terhadap penunjuk perasaan.

Dilaporkan beratus umat Islam menemui syahid akibat ditembak dengan peluru hidup oleh rejim tentera Mesir ketika mereka mengadakan bantahan.
Sesungguhnya mesej jelas yang ingin disampaikan adalah umat Islam di Malaysia bahkan rakyat seluruhnya menolak tindakan biadap anti demokrasi yang dijalankan oleh rejim tentera Mesir.

Kerajaan kudeta Mesir mesti berdamai dan berundur dengan segera dengan kepemimpinan negara tersebut dipulangkan kembali ke pangkuan Presiden Dr Mohammad Morsi yang sah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya di negara itu.
Rakyat Malaysia juga menolak campurtangan secara langsung atau tidak langsung dari kerajaan Ameriksa Syarikat, Israel, Arab Saudi dan lain-lain negara dalam konflik di Mesir. Sebarang campurtangan akan mengeruhkan keadaan dan boleh menyebabkan krisis ini menjadi semakin parah.
Himpunan Solidariti sejuta ummah ini diadakan bersempena dengan semarak Ramadhan, ketika umat Islam menyambut hari Nuzul Qur’an pada 17 Ramadhan, mengenang kembali peristiwa penurunan Al-Qur’an.

Ia menjadi simbolik pemangkin semangat umat Islam berkorban dan berjihad bagi mengembalikan izzah umat Islam yang tercalar.

Umat Islam menangisi kesyahidan sejumlah aktivis dan pemimpin ikhwan yang terkorban dalam aksi luar kemanusiaan yang dilakukan oleh junta tentera Mesir.
DPPM mengharapkan seluruh umat Islam yang prihatin akan turun hadir berhimpun bagi menyatakan sokongan dan bantahan ini dan dijangkakan jutaan umat Islam seluruh dunia akan turut berhimpun bagi melaungkan slogan dan kalimah yang sama.

Hanya Allah yang membantu dan memenangkan umat Islam

Allah memang membantu dan memenangkan umat Islam sebab itulah Allah Bersama Umno menjatuhkan Pas di Malaysia. Insyallah. PRU 14 Pas kan balik asal, tidak kerusi dan tiada sokongan.

Hari ini Allah bagi peluang kepada Pas memerintah beberapa negeri pada 2008 tetapi apa yang mereka buat?  Pas mengkhianati amanat dan janji mereka kepada pengundi. Terlalu banyak kesilapan dan pengkhianatan Pas terhadap rakyat Malaysia. Khalayak sedia maklum kesilapan dan pembohongan Pas, tak perlu dihuraikan panjang-panjang.

Lihat kenyataan Pas ini;

Rakyat Malaysia juga menolak campurtangan secara langsung atau tidak langsung dari kerajaan Ameriksa Syarikat, Israel, Arab Saudi dan lain-lain negara dalam konflik di Mesir. Sebarang campurtangan akan mengeruhkan keadaan dan boleh menyebabkan krisis ini menjadi semakin parah.

Pas meletakkan perkataan "Rakyat Malaysia" sedangkan ianya ternyata salah dan menyimpang, Kita lihat sahaja berapa kerat ahli Pas yang akan turun berdemo dan berarak ke kedutaan Amerika petang nanti.

Opsss! Sebelum berakhir, Nak tanya dengan Pas, berapa ramai warga siam dan bangla yang mengundi BN di Kuala Besut 2 hari yang lepas ?

Ulasan

  1. Apa yang berlaku terhadap Mesir di bawah Ikhwan adalah cerminan terbaik sekiranya PAS dan pakatan memerintah Malaysia.PAS dan Ikhwan memang seumpama anak dan pak yang mempunyai banyak persamaan dari segi rupa bentuk dan perangai hipokrit mereka memperalatkan kesucian Islam.PAS sanggup bersekongkol dengan DAP kafir harbi(sahabat zionist) untuk menjatuhkan kerajaan Islam UMNO (musuh Israel).Di mesir Ikhwan bersekongkol dengan barat yang dikuasai zionist menjatuhkan pemimpin Libya Muamer Ghadafi(musuh Israel dan barat)

    BalasPadam
  2. Bab Bangla Dan Siam Ngundi Di Kuala Besut Tu Kena Tanya Si Radfizi. PAS Ikut Je!

    BalasPadam
  3. Bila nak mengenali dan mendekati Islam, spt jama'ah jama'ah lain yg berkulitkan Islam, ia didekati dan dihampiri. Bila sudah mengenali, memahami dan mendalami agama kebenaran ini, jama'ah sebegini tidaklah boleh dijadikan ikutan.

    BalasPadam
  4. rosak dh pemikiran org x paham Islam nih.. Ikhwan Muslimin pn dfitnahnya..

    BalasPadam
  5. Masya allah tak tau nak ckp ape dah..
    Apa yg ada dlm kepala otak kau ni sampai begitu skali memfitnah pimpinan ikhwanul muslimin mentang2 ada hubungan dgn pas yg menentang umno.
    Bercakap yg tidak benar adalah fitnah.
    Menulis yg tidak benar juga fitnah.
    Harap kau dpt kaji dan betulkan semula artikel kau ni..
    "Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat drp membunuh"

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…