Ahad, 14 Julai 2013

PRK KUALA BESUT : WAJAH MEREKA YANG KECUNDANG

Calon PAS Kontraktor Kelas A Kepada Hussam Musa ( masyuukkk)


Barulah tahu kisah tersembunyi yang berlaku di sebalik penamaan Che Long sebagai calon PAS bagi PRK Kuala Besut. Malam tadi Papa Gomo sampai di Kuala Besut dan tempat pertama yang Gomo singgah adalah kedai kopi di dalam Dun Kuala Besut berjumpa dengan beberapa orang penduduk di situ yang merupakan ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan Che Long sebagai calon serta Hussam Musa sebagai pengarah Jentera Pilihan raya Dun Kuala Besut.

Kisahnya -

Che Long pada Pilihan raya ke 13 lalu cukup hebat melobi untuk bertanding di Dun Kuala Besut namun nama beliau tidak tersenarai kerana faktor beliau yang tidak mempunyai jawatan didalam PAS sama ada di Kuala Besut, Besut mahupun negeri Terengganu.

Apabila pengumuman calon dilakukan PAS Terengganu dengan tidak menyenaraikan namanya sebagai calon PAS waktu itu beliau telah lari dari Kuala Besut dan tinggal di Putrajaya bagi membantu kempen Hussam Musa.

Sepanjang PRU 13 itu lah juga kelibat Che Long tidak kelihatan di Kuala Besut apatah lagi membantu jentera PAS Besut sebaliknya rutin hariannya menjaga aset Hussam Musa di Putrajaya.

Kenapa Che Long membantu Hussan Musa di Putrajaya? Che Long tidak mempunyai jawatan didalam parti melainkan ahli biasa tetapi cukup rapat dengan Hussam Musa. Kenapa?

Maklumat yang diperolehi menjelaskan segalanya akan keakraban Hussam Musa dan Che Long calon PAS PRK Kuala Besut ini.

Rupa rupanya Che Long seorang Kontraktor kelas A mempunyai banyak urusan perniagaan di dalam negeri Kelantan hasil daripada bantuan Hussam Musa yang kita tahu sebelum ini merupakan EXCO kerajaan negeri Kelantan.

Atas sebab itu lah juga apabila PRK Kuala Besut diadakan yang menjadi Pengarah Kempen PRK Kuala Besut bagi PAS adalah Hussam Musa dan bukannya Hadi Awang selaku Pesiden PAS yang juga anak watan negeri Terengganu.

Gomo yakin dan amat pasti jika kita tanya kepada Hussam Musa sendiri apakah beliau ada memberikan Projek Projek dalam negeri Kelantan kepada Che Long sewaktu Hussam menjawat jawatan Exco sudah pasti Hussam tidak akan menjawab soalan tersebut.

Namun rekod daripada kenalan di Kota Bharu mengesahkan bahawa Che Long kerap berjumpa dengan Hussam Musa di pejabat Hussam sewaktu Hussam merupakan EXCO Kanan kerajaan negeri Kelantan.

Che Long merupakan FUNDER kepada Hussam Musa dan dengan Che Long selaku calon PAS bagi PRK ini serta Hussam Musa sebagai Pengarah Pilihan raya membuktikan bahawa KERONISME yang diamalkan oleh pimpinan PAS membuatkan PAS sudah sama seperti UMNO yang mereka sering fitnah didalam ceramah mereka.

Gomo akan berada di sini sehingga tamat PRK dan pastinya akan Gomo salurkan maklumat kepada pembaca akan info yang seharusnya kita tahu agar kita tidak diperbodohkan oleh parti PAS yang penuh dengan penipuan dan pendustaan menipu serta memanipulasi umat Islam khususnya.

- Papa Gomo 3.05am Kuala Besut Terengganu