Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diminta membuat pendekatan serius memantau atlet wanita yang terbabit dalam penganjuran sukan berikutan insiden rogol yang berlaku baru-baru ini.
Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, kejadian yang berlaku menunjukkan aspek keselamatan tidak diberi perhatian.
Manakala sebahagian masyarakat meletakkan persepsi bahawa sukan menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
“Seolah-olah trend ini sudah berlaku dalam banyak penganjuran sukan yang diadakan, menyebabkan berlakunya insiden rogol,” katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini
4 Julai lalu, tiga atlet lelaki Sukan Malaysia (Sukma) didakwa di Mahkamah Seksyen, Petaling Jaya atas tuduhan merogol pegawai tambahan wanita berusia 20 tahun.
Justeru, Zuraida menggesa KBS lebih peka kepada keperluan pegawai pengiring sukan wanita dan pengasingan dibuat untuk mengelak kejadian tidak diingini.
“Sebelum ini bermula dengan atlet wanita India yang dirogol jurulatihnya sampai atlet itu meminum racun untuk membunuh diri,” ujarnya
Cuba siasat siapakah yang terlibat dalam insiden memalukan itu, mereka membawa masuk arak dalam bilik penginapan untuk mabuk dan sehingga berlaku insiden yang memalukan. Siapa yang menggalakkan LGBT dan siapa yang menggalakkan arak hingga memberi 100 ekar tanah kepada Carlsberg di Meru Kelang?
Jangan jadi seperti peribahasa melayu ' ketuk dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang lebih', sekian.