Jumaat, 23 Ogos 2013

ADUN TRONG KALAH BERTANDING KETUA CAWANGAN

Petikan di atas adalah daripada blog Cikgu Din SMK St Goerge Taiping atau nama blog  'sisi bukit', beliau juga menjawat tugas sebagai pegawai khas kepada Nizar Jamaluddin sejak sekian lama.

Cerita sebenarnya adalah;

Dr Zabry tidak mahu bertanding apa-apa jawatan dan keseluruhan ahli yang aktif telah bermuafakat untuk melantik En Tahir bin Khalid (40an) sebagai Ketua Cawangan yang baru. Ia di persetujui oleh Dr Zabry juga.

Pada tarikh persidangan cawangan ada dua orang ahli yang bersikap haru-biru dan suka kacau dan sengaja ingin memalukan Dr Zabry telah bertindak dengan mencadangkan Dr Zabry sebagai calon ketua cawangan. Orang tersebut ialah Puan Nurainun bt Abd Majid dan disokong oleh En Haris Nawi.

Dr Zabry pun satu hal,  sepatutnya bangun dan menarik diri daripada dicalonkan. Ini diam macam kayu, akibatnya dia kena getah oleh orang yang ingin memalukan dan menjatuhkan maruah beliau.

Cawangan Kg Temelok memang ramai ahli dan mencecah 200 orang dan kehadiran dalam persidangan tersebut lebih kurang 60 orang.

Bagaimana pun perwakilan ke persidangan cawangan tersebut sebulat suara memilih Dr Zamry sebagai salah seorang daripada 5 perwakilan ke persidangan bahagian.

sekian.




3 ulasan:

  1. Mungkin banyak orang tidak tahu dan patut pun Dr Zabry dimalukan kerana dari perwatakan yang ditunjukkan beliau bukan lah seorang YB mesra alam malah ini lah akibatnya jika BN melalui MB melantik kroni menjadi calun PRU dulu.

    BalasPadam
  2. hanya jauhari yang kenal manikam..bukan semuanya boss PWTC tau

    BalasPadam
  3. Dr Zabry memang baik orangnya. Memang beliau tidak berhasrat nak jadi ketua cawangan pun. Beliau tidak terburu-buru kejar jawatan. Tak seperti sesetengah orang. Tak laku pun dok sondol nak jawatan juga. Cawangan Temelok pulak tak akan memalukan YB sendiri. Ini dibuktikan dengan jumlah undi YB untuk perwakilan 51 undi. Mungkin adalah sorang dua yang 'entah apa kena tah' Cuba nak laga-lagakan cawangan dengan yb kot. Harap depa ni puas le hati. YB kenalah hati2

    BalasPadam